-
Apakah itu spread dalam perdagangan saham?
Spread dalam urusniaga saham ialah perbezaan di antara harga tertinggi yang pembeli sanggup bayar (bid) dan harga terendah yang penjual sudi terima (ask). Sebagai contoh, kadar bid/ask untuk saham Tesla ialah $673.30/$673.58. Anda akan membeli saham pada harga ask yang lebih tinggi sebanyak $673.58 dan menjualnya pada harga bid yang lebih rendah sebanyak $673.30. Di dalam contoh ini spread adalah sebanyak 0.28 poin. FBS menawarkan spread yang kompetitif di pasaran saham.
-
Bagaimanakah spread berfungsi dalam kripto?
Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.
Spread salah satu kos yang paling utama dalam perdagangan, termasuk dalam perdagangan matawang kripto. Broker FBS menawarkan spread kripto yang kompetitif dan pelaksanaan pesanan yang pantas untuk perdagangan kripto yang lebih mudah. Jadi jika anda sedang mencari broker matawang kripto, pertimbangkan untuk mencuba FBS.
-
Apakah pasangan eksotik yang mempunyai spread yang terbaik di FBS?
Spread ialah perbezaan antara harga bid dan harga ask. Bid ialah pesanan beli, di mana anda menjual matawang asas, dan ask ialah pesanan jual, di mana anda membeli matawang asas. Matawang asas ialah matawang yang pertama disebut dalam suatu pasangan.
Broker FBS menawarkan spread yang kompetitif untuk Forex eksotik. Untuk memastikan perkara ini, anda boleh menyemak USDZAR, USDMXN, dan USDTRY dan lihat pada spreadnya. Anda boleh memilih pasangan Forex eksotik anda dan mula berdagang dengan FBS.
-
Apakah yang menentukan spread di dalam perdagangan Forex?
Spread boleh menjadi lebih kecil (tipis) atau lebih besar bergantung pada pasangan matawang, waktu anda berdagang Forex dan situasi di pasaran. Di FBS, anda boleh memilih instrumen perdagangan dengan spread yang paling sesuai untuk keperluan anda: spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar (tetap) daripada 3 poin, dan sifar spread.
-
Apakah yang menyebabkan spread yang tinggi dalam Forex?
Spread biasanya menjadi lebih besar dengan meningkatnya kemeruapan atau dengan kecairan yang rendah disebabkan oleh perdagangan di luar waktu puncak. FBS menawarkan senarai spread yang kompetitif dengan spread terapung daripada 0.5 poin, spread malar/tetap daripada 3 poin dan sifar spread. Mula berdagang Forex dengan syarat yang menguntungkan sekarang.
-
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan spread bila berdagang Forex?
Spread biasanya menunjukkan tahap kemeruapan. Semakin tinggi kemeruapan di pasaran Forex, spread semakin besar, terutamanya apabila tersiarnya berita yang mempengaruhi matawang. Walau bagaimanapun, urusniaga yang menawarkan potensi yang paling besar berlaku semasa kemeruapan sedang tinggi.
Di FBS, anda boleh membuka akaun perdagangan yang menawarkan spread terapung, spread malar/tetap dan sifar spread. Pilih pasangan matawang yang paling sesuai untuk strategi perdagangan anda dan manfaatkan kemeruapan sepenuhnya.
-
Pasangan matawang Forex manakah yang menampilkan spread yang terendah?
Secara amnya, spread pasangan matawang EURUSD adalah yang terendah. Di FBS, anda boleh dagangkan EURUSD bermula dari 0 pip dengan akaun ECN.
Yield Spread
Spread Kadar Hasil
Biasanya instrumen-instrumen hutang dengan karakterisitik-karakteristik berbeza (tarikh matang / pengadaran kredit atau risiko) mempunyai kadar hasal yang berbeza. Mari ambil kadar hasil bon sebagai contoh dan analisa risiko-risiko yang terkait dengan mereka. Kadar hasil adalah kadar pulangan yang diterima oleh pemegang bon sekiranya mereka mengekalkan pemilikan bon sehingga matang dan menerima aliran tunai di tarikh yang dijanjikan. Risiko-risiko termasuklah risiko kredit, risiko kadar faedah, risiko inflasi, dsb.
Kita boleh bahagikan kaedah-kaedah kadar hasil kepada spread nominal (G-spread), spread terinterpolasi (I-spread), spread sifar kemeruwapan (Z-spread) dan spread tersuai-opsyen (OAS).
G-spread
Spread nominal (G-spread) mewakili perbezaan di antara kadar hasil bon Perbendaharaan dan kadar hasil bon korporat dengan tempoh matang yang sama. Bon Perbendaharaan mempunyai sifar risiko default, itulah sebabnya mengapa perbezaan di antara bon-bon korporat dan Perbendaharaan menunjukkan risiko default. Kita boleh kira G-spread dengan menggunakan formula berikut:
G-Spread = kadar hasil bon kroporat – kadar hasil bon kerajaan
I-spread
Spread terinterpolasi (I-spread) adalah perbezaan di antara kadar hasil bon dan kadar swap. Kita boleh gunakan LIBOR sebagai contoh. Ia menunjukkan perbezaan di antara kadar hasil bon dan lengkungan tanda aras. Jika I-spread meningkat, risiko kredit juga meningkat. I-spread juga biasanya lebih rendah dari G-spread.
Z-spread
Spread jenis ini juga dikenali sebagai spread sifar kemeruwapan. Ia adalah spread yang ditambah kepada setiap kadar faedah spot untuk membuatkan nilai semasa aliran tunai bon menjadi setara dengan harga bon.
Spread Tersuai-Opsyen (OAS).
Spread tersuai opsyen dikira sebagai spread sifar-kemeruwapan tolak nilai call opsyen. Wujud istilah “spread” di pasaran Forex juga. Ia merujuk kepada komisen yang anda bayar kepada broker. Spread Forex dikira sebagai perbezaan antara harga bid dan ask.
2023-03-02 • Dikemaskini