Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

22 Apr 2025

Matawang

EURJPY: ECB Menunjukkan Inflasi Yang Lebih Tinggi Sebelum Tenang (22 April)

Ringkasan;

  • Kadar Faedah ECB Semasa: 3.00% (selepas pengurangan kadar yang ke-7 dalam setahun)
  • Kebarangkalian Penurunan Kadar (Mesyuarat Jun): Meningkat tetapi bergantung pada data
  • EURUSD: Mengukuh berbanding USD, didorong oleh hasil bon A.S. yang lebih rendah dan data Zon Euro yang lebih kukuh
  • Harga Tenaga: Jatuh, meredakan tekanan inflasi

Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Zon Euro

  1. Unjuran Inflasi Disemak Lebih Tinggi, Kemudian Kembali ke Sasaran
    • Ramalan CPI 2025: 2.2% (naik dari 2.1%)
    • Ramalan CPI 2026: 2.0% (naik dari 1.9%)
    • Pandangan ECB: Laluan menuju disinflasi masih utuh, tetapi risiko luaran (contohnya, tarif A.S.) merumitkan prospek.
    • Unjuran mungkin sudah lapuk kerana ia dibuat sebelum perubahan pasaran terbaru (tarikh akhir: 4 April).
  2. Kekuatan EUR & Penurunan Harga Tenaga Boleh Mengimbangi Inflasi
    • Euro yang lebih kuat melemahkan tekanan harga kesan daripada import.
    • Penurunan harga minyak dan gas mengehadkan potensi inflasi utama.
    • Faktor-faktor ini boleh mengimbangi risiko kenaikan inflasi yang dilihat dalam unjuran terdahulu.
  3. Ketegangan Hubungan Dagang dengan A.S. Mengaburkan Prospek
    • Tarif dan geseran hubungan dagang yang berterusan boleh menekan pertumbuhan dan memperlahankan lagi inflasi.
    • Lagarde memberi amaran bahawa perang dagang berskala penuh boleh mengurangkan KDNK Zon Euro sebanyak 0.5%.
    • Namun, SPF ECB hanya mengurangkan sedikit ramalan pertumbuhan 2025 kepada 0.9% (daripada 1.0%), mencadangkan kemungkinan akan ada semakan menurun selanjutnya.
  4. Fleksibiliti Dasar ECB Dikekalkan
    • Walaupun terdapat banyak pemotongan, penggubal dasar berhati-hati dalam membuat keputusan iaitu dengan berasaskan data dan tidak terikat kepada satu pendekatan yang tetap.
    • Lagarde memberi isyarat bahawa keputusan masa hadapan akan mengimbangkan trajektori inflasi dengan risiko luaran.

Intipati Penting Untuk Trader

  • Jangka pendek: Kekuatan EUR mungkin bertahan jika inflasi kekal melekit (sticky) dan risiko A.S. terus berlanjutan.
  • Jangka sederhana: Jika ketegangan hubungan dagang meningkat dan pertumbuhan didapati perlahan, ECB boleh menghentikan seketika atau memperlahankan pemotongan kadar, memberikan euro sokongan lanjut.
  • Jangka panjang: Jika inflasi menstabil berhampiran paras 2% dan pertumbuhan kekal lembap, ECB mungkin akan kekal dovish, mengehadkan kenaikan euro.
  • Impak FX:
    • EURUSD: Risiko cenderung lebih tinggi dalam jangka pendek, tetapi awasi jika terjadi penyongsangan sekiranya perang dagang memberi kesan yang lebih mendalam.
    • EURGBP boleh meningkat lebih jauh sekiranya BoE melaksanakan pemotongan secara agresif dan ECB menjeda (pause) sejenak.
    • Pantau mesyuarat ECB Jun, dasar tarif A.S. dan angka inflasi terkini.

EURJPY – Rangka Masa H4

EURJPYH4.png1.png

Aksi harga pada carta rangka masa 4-jam bagi EURJPY gagal membentuk paras tertinggi baharu selepas melengkapkan pemecahan struktur berganda (double break), menandakan bahawa harga perlu mencari kawasan permintaan yang sesuai untuk membentuk paras terendah yang lebih tinggi. Zon permintaan di bawah Fair Value Gap kelihatan sempurna, disebabkan oleh inducement dan pola SBR.

EURJPY – Rangka Masa H2

EURJPYH2.png1.png

Carta rangka masa 2 jam EURJPY memberikan detail bagi pola SBR, menunjukkan bearish sweep, pemecahan struktur yang bullish, dan kawasan permintaan yang mungkin untuk penerusan bullish. Saya pasti zon permintaan ini terletak antara 76% dan 88% dari zon pengunduran Fibonacci (Fibo retracement) yang optimum. Oleh itu, sentimen adalah bullish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 163.226

Pembatalan- 159.144

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership