FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

17 Jun 2025

Matawang

Tinjauan Tempoh Terdekat US30 (Dow Jones): Amaran Fed vs. Kerapuhan Teknikal

1. Pendorong & Sentimen Pasaran

  • Dow Jones naik +1.0% pada hari Isnin kerana keredaan ketegangan Timur Tengah menenangkan harga minyak dan mengurangkan permintaan aset selamat, mendorong pengaliran modal ke ekuiti kembali.
  • Pasaran kini tertumpu pada mesyuarat Rizab Persekutuan (18–19 Jun):
    • Tiada perubahan kadar dijangkakan.
    • Nada Powell boleh mengalihkan pertaruhan pasaran ke arah pemotongan kadar pada akhir tahun 2025.

🔹 Poin Penting: Sentimen kini optimistik namun berhati-hati, tetapi petunjuk yang diberi oleh Fed berkemungkinan akan menentukan arah pergerakan seterusnya.

2. Landskap Teknikal

  • Breakdown: US30 telah tergelincir ke sebelah bawah saluran menaik April-Mei
  • Zon Sokongan:
    • Primer: 42,400 (sedang diuji pada saat ini)
    • Sekunder: 42,100–42,200
  • Aras Rintangan:
    • 42,700–42,800 (juga tempat di mana SMA 200 tempoh sejajar)
  • Indikator Momentum:
    • MACD dan RSI menunjukkan kekuatan antara neutral dan lemah
    • Mencadangkan kekurangan keyakinan sehingga pemangkin baru muncul

🔹 Bias: Antara mendatar (sideway) dan sedikit bearish kecuali memulih ke sebelah atas 42,800

  • Kelegaan geopolitik adalah positif untuk pasaran, tetapi:
    • Pergolakan baru di Timur Tengah
    • Risiko perdagangan AS-China
    • Mampu memulakan semula kemeruapan dengan cepat
  • Fokus Makro:
    • Mesyuarat Fed (18–19 Jun): nada tentang inflasi dan buruh menjadi kunci penting di sini
    • Data Jualan Runcit (18 Jun) dan Tuntutan Pengangguran (20 Jun) A.S.: boleh mengukuhkan/mengganggu jangkaan potongan kadar

US30 – Rangka Masa H4

US30H4_(4).png

Aksi harga pada carta rangka masa 4 jam US30 menunjukkan penembusan struktur bullish berganda, dengan zon permintaan bertindih dengan sokongan garisan trend. Kecairan berada tidak jauh di bawah titik rendah yang sama, meningkatkan kemungkinan tindak balas bullish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 42894.52

Pembatalan- 41160.98

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.