Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

04 Jun 2025

Matawang

USDJPY Menguji Rintangan Utama: Yen Akan Membelok Atau Menembus?

Ringkasan

  • Aras Rintangan:
  • Pasangan ini berlegar berhampiran zon rintangan 145.00. Penembusan muktamad ke sebelah atas aras psikologi ini boleh mencetuskan lanjutan bullish ke arah 148.20 dan, akhirnya, 150.98 - aras yang sudah lama tidak dilihat, sejak akhir 2022.
  • Aras Sokongan:
  • Sokongan segera terletak pada paras 143.85. Penembusan ke bawah di sini boleh mendedahkan pasangan ini kepada 142.50 dan mungkin lebih mendalam ke arah 141.15, sempadan bawah saluran trend baru-baru ini.
  • Indikator Momentum:
  • Osilator Stokastik memberi signal situasi terlebih beli, mencadangkan kelelahan jangka pendek dalam momentum menaik. Ini membayangkan kemungkinan pullback atau pengukuhan harga sebelum kenaikan lebih tinggi dalam episod seterusnya.

Faktor Fundamental

  • Ketahanan Ekonomi A.S.:
  • Dolar terus mendapat sokongan daripada data A.S. yang optimis — keyakinan pengguna yang teguh dan isyarat pasaran buruh yang mantap. Ini meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan melambatkan pemotongan kadar, menyokong USD lebih lanjut.
  • Kebimbangan Fiskal Jepun:
  • Jepun sedang bergelut dengan kemeruapan pasaran bon. Permintaan yang lemah dalam lelongan bon kerajaan dan spekulasi mengenai pengurangan terbitan bon super panjang telah mencetuskan kebimbangan ketidakstabilan fiskal. Peningkatan hasil domestik boleh menekan Bank Jepun untuk menentukur semula dasar, tetapi perbezaan daripada dasar Fed masih memihak kepada USD.

Prospek Jangka Pendek

Pasangan USDJPY berada di titik kritikal:

  • Penembusan ke sebelah atas 145.00 boleh berfungsi sebagai lampu hijau teknikal untuk kenaikan lebih lanjut, didorong oleh perbezaan dasar dan data AS yang kukuh.
  • Walau bagaimanapun, signal terlebih beli dan aliran risk-off boleh mendorong pullback ke 143.85 atau lebih rendah.

Acara Akan Datang:

  • Data inflasi PCE A.S. dan laporan pasaran buruh
  • Komen daripada pegawai BOJ mengenai penerbitan bon dan pengurusan hasil
  • Berita berkaitan geopolitik atau risk-off yang memberi kesan kepada aliran aset selamat yen

USDJPY – Rangka Masa H4

Pada carta 4 jam, carta aksi harga USDJPY menunjukkan penyanggahan awal (initial rejection) daripada zon permintaan di titik permulaan (origin) pemecahan struktur bullish. Aksi harga dijangka akan mengundur semula ke dalam zon permintaan di dasar (base) impuls bullish yang sedang berlangsung.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 145.364

Pembatalan- 142.104

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership