FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

20 Mac 2025

Asas

Apakah Itu Indeks Harga Pengguna?

MDP-7744_2_1200x675_MS.png

Apakah maksud CPI?

Indeks harga pengguna menunjukkan purata perubahan harga berwajaran yang dibayar oleh pengguna untuk sekumpulan barangan dan perkhidmatan, seperti makanan, tenaga, perumahan, pakaian, pengangkutan, penjagaan kesihatan, hiburan dan pendidikan.

Perubahan dalam CPI digunakan untuk mengukur perubahan harga yang berkaitan dengan kos sara hidup. Ukuran yang tepat terhadap perubahan kos sara hidup adalah penting bagi pelbagai individu dan organisasi seperti bank pusat.

Apakah itu bakul barangan?

Bakul barangan ialah kumpulan tetap produk dan perkhidmatan pengguna, yang harganya dinilai secara tetap: selalunya secara bulanan atau tahunan. Tujuan mencipta bakul ini adalah untuk mengesan inflasi di pasaran atau negara tertentu. Jika harga bakul barangan meningkat sebanyak 2% dalam setahun, inflasi boleh dikatakan bersamaan 2% juga. Bakul barangan ialah sampel yang sepatutnya mewakili ekonomi secara keseluruhan, sebab itulah sesetengah barangan digantikan secara berkala untuk menyesuaikan dengan tabiat pengguna.

* Bakul barangan terdiri daripada makanan dan minuman asas seperti susu dan kopi. Ia juga merangkumi kos perumahan, perabot, yuran pengangkutan, penjagaan kesihatan, mainan, malahan tiket ke muzium. Kos pendidikan dan komunikasi juga turut tersenarai sebagai item dalam bakul tersebut, selain produk dan perkhidmatan rawak yang lain seperti tembakau, potongan rambut dan pengebumian.

Di manakah data CPI dapat ditemukan?

Harga pengguna membentuk sebahagian besar dari inflasi keseluruhan. Anda mungkin perasan kami menggunakan istilah “kadar inflasi” dan bukannya CPI dalam kalendar ekonomi. Istilah ini boleh ditukar ganti dan kedua-duanya merujuk kepada data yang sama.

Terdapat dua versi laporan ini: kadar inflasi dan kadar inflasi teras. Perbezaannya mudah: indikator teras tidak memasukkan harga makanan dan tenaga dalam pengiraannya justeru kerana kemeruapannya yang tinggi.

MDP-7744_3_1200x400_MS.png

Selain itu, terdapat indikator inflasi lain seperti indeks harga pengeluar (PPI), indeks harga borong (WPI), dan indeks harga runcit (RPI). Namun, CPI cenderung memberi impak yang lebih besar dari segi perdagangan forex.

Bagaimana CPI digunakan?

Seperti yang kami maklumkan, indeks harga pengguna ialah ukuran inflasi yang paling biasa. Ia memberi gambaran kepada kerajaan, syarikat, dan rakyat tentang perubahan harga dalam ekonomi negara mereka dalam satu tempoh tertentu. Berdasarkan CPI, peruncit meramalkan kenaikan harga pada masa hadapan, majikan membuat pengiraan gaji, dan kerajaan menentukan kenaikan kos sara hidup.

Apabila inflasi meningkat, kuasa beli menurun, bermakna pengguna boleh membeli lebih sedikit barangan dan perkhidmatan dengan harga yang sama dalam mata wang mereka berbanding sebelum ini. Apabila inflasi menurun, kuasa beli meningkat, dan pengguna boleh membeli lebih banyak barangan dan perkhidmatan dengan harga yang sama, yang bermaksud setiap unit matawang (contohnya satu dolar) lebih bernilai.

Paling relevan untuk trader, bank pusat membuat keputusan dasar berdasarkan indeks harga pengguna. Oleh itu, bukan sahaja data CPI sebenar, malah jangkaan pedagang terhadap pengumuman CPI akan meningkatkan kemeruapan di pasaran Forex.

  • Kenaikan harga boleh menyebabkan bank-bank pusat meningkatkan kadar faedah, yang akan menyebabkan kenaikan (peningkatan nilai) mata wang negara.

  • Sebaliknya, apabila inflasi menjadi terlalu rendah, bank pusat mungkin akan menurunkan kadar faedah, yang pasti akan membawa kepada penyusutan (penurunan nilai) matawang domestik.

Bagaimana CPI memberi impak terhadap perdagangan forex?

Pengumuman indeks harga pengguna cenderung menyebabkan pergerakan yang besar di pasaran forex. Harap maklum bahawa ia hanya merujuk kepada negara-negara dengan matawang yang cair.

Berdasarkan kecairan, terdapat tiga kategori matawang dalam perdagangan forex global: pasangan matawang major, pasangan matawang minor, dan matawang eksotik. Matawang major adalah yang paling popular dan cair. Ini termasuk dolar AS, pound British, euro, yen Jepun, dolar Australia, dan dolar Kanada. Oleh itu, lebih perhatian perlu diberikan terhadap pengumuman CPI AS, UK, Kanada, EU, Jepun, Australia, dan New Zealand.

Bagaimana cara berdagang dengan CPI

Pedagang membandingkan ramalan dengan data CPI sebenar, yang anda boleh semak dalam kalendar ekonomi.

  • Jika data sebenar CPI lebih besar dari jangkaan, matawang berkaitan akan meningkat.

  • Jika data sebenar CPI lebih rendah dari yang diunjurankan, matawang berkaitan akan melemah.

Sebaiknya semak masa pengumuman CPI yang seterusnya terlebih dahulu, buka carta yang menunjukkan matawang negara yang mengeluarkan CPI, dan pantau pergerakan harga. Dengan cara itu, sebaik sahaja ia diumumkan, anda akan bersedia sepenuhnya, ibarat jari sudah di picu.

Bagaimana dengan pasaran saham? Adakah ia terjejas oleh CPI? Pasaran saham secara amnya tidak dipengaruhi oleh angka CPI, tetapi kadangkala ia boleh berlaku! Inflasi yang lebih tinggi dan seterusnya kadar faedah yang meningkat boleh menyebabkan kelembapan dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu, sebagai peraturan, pasaran saham memihak kepada CPI yang lebih rendah, yang membolehkan pengguna terus berbelanja dan perniagaan terus melabur dengan lebih banyak lagi.

Contoh

Sebagai contoh, Biro Statistik Buruh mengumumkan indeks harga pengguna AS (kadar inflasi) pada 13 Julai. CPI mencatatkan nilai yang lebih besar daripada yang dijangkakan. Lihat tangkapan skrin kalendar ekonomi di bawah.

MDP-7744_4_1200x400_MS.png

Akibatnya, USDJPY melonjak sebanyak 300 poin dalam masa setengah jam selepas diumumkan! Dalam carta di bawah, anda boleh memerhatikan pergerakan yang sangat ketara tersebut.

MDP-7744_5_1200x675_MS.png

Mari kita pertimbangkan contoh indeks harga Pengguna yang jauh lebih rendah daripada jangkaan penganalisis. Pada 28 Julai, CPI (kadar inflasi) di Kanada diumumkan lebih rendah daripada yang dijangkakan: 0.3% berbanding anggaran pasaran sebanyak 0.4%.

MDP-7744_6_1200x400_MS.png

Selepas pengumuman, CADJPY menjunam sebanyak 140 poin hanya dalam masa 30 minit! Malah, indikator ekonomi seperti CPI cenderung menyebabkan perubahan besar dalam carta. Trader harus mengikuti pengumuman ekonomi dan memantau pergerakan harga semasa peristiwa ini.

MDP-7744_7_1200x675_MS.png

Apa yang sedang terjadi pada inflasi sekarang?

Selepas tempoh inflasi yang sangat tinggi akibat kemelesetan ekonomi pasca pandemik, tekanan inflasi telah berkurang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Indeks harga pengguna mencerminkan trend ini, dengan kadar inflasi menurun daripada puncak 9.1 peratus pada musim panas 2022 kepada 3 peratus pada permulaan tahun 2025. Pada bulan Februari, Fed New York menjalankan tinjauan terhadap perniagaan tempatan mengenai perubahan kos dan harga mereka, serta jangkaan mereka terhadap inflasi pada masa hadapan. Syarikat dalam sektor perkhidmatan menunjukkan bahawa kedua-dua kos perniagaan dan kenaikan harga jualan terus menjadi sederhana sepanjang tahun 2024. Sebaliknya, syarikat pembuatan melaporkan sedikit peningkatan dalam kenaikan kos, walaupun kenaikan harga tidak mencerminkan trend ini. Melangkah ke hadapan, syarikat menjangkakan bahawa kos dan harga akan terus meningkat pada tahun 2025. Selain itu, jangkaan inflasi tahun hadapan telah meningkat daripada 3 peratus pada masa ini tahun lepas kepada 3.5 peratus dalam kalangan firma pembuatan dan 4 peratus dalam kalangan firma perkhidmatan, manakala jangkaan inflasi jangka panjang kekal stabil pada kira-kira 3 peratus.

Ikuti berita kami dan jangan terlepas laporan ekonomi yang penting!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi support@fbs.com.

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.