Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Penarafan kredit AAA

Apakah itu penarafan kredit AAA?

Terdapat syarikat-syarikat dan kerajaan yang memerlukan pinjaman kewangan. Agensi khas akan memberikan penarafan kredit kepada mereka untuk mengakses kebolehannya membayar hutang tersebut. AAA merupakan markah tertinggi, menekankan bahawa risiko melabur dalam syarikat atau kerajaan ini agak rendah.

Syarikat-syarikat dengan penarafan kredit AAA

Syarikat-syarikat yang mempunyai penarafan kredit AAA adalah kurang berkemungkinan terlepas pembayaran kepada pelabur, bermakna risiko boleh diabaikan. Jadi, ia akan menarik lebih ramai pelabur yang bersedia meminjamkan wang kepada mereka. Namun, syarikat bertaraf AAA cenderung menawarkan pulangan yang lebih rendah kepada para pelabur berbanding yang lain disebabkan risikonya yang lebih rendah. Anda mungkin terkejut, tetapi hanya dua syarikat sahaja di Amerika Syarikat yang bertaraf AAA: Microsoft dan Johnson& Johnson.

Negara manakah yang mempunyai penarafan kredit AAA?

Standard & Poor, agensi penarafan antarabangsa, menganugerahkan 11 negara tersebut dengan penarafan kredit AAA.

  • Jerman
  • Australia
  • Kanada
  • Switzerland
  • Denmark
  • Liechtenstein
  • Luxembourg
  • Belanda

Senarai ini mengandungi negara yang mempunyai kestabilan ekonomi yang luar biasa dan tahap kepercayaan kredit yang tertinggi.

Secara keseluruhan, penarafan kredit menjadi watak penting di dalam dunia kewangan, yang menunjukkan tahap risiko pelaburan itu. Penarafan ini bukan sahaja boleh dinaik taraf malah boleh juga diturunkan tarafnya. Jadi, terdapat beberapa kes di mana negara dan syarikat kehilangan taraf AAA nya. Sebagai contoh, Standard & Poor telah menurunkan taraf Amerika Syarikat daripada tahap AAA ke AA+ pada tahun 2011.

Dalam artikel ini
Apakah itu penarafan kredit AAA?Syarikat-syarikat dengan penarafan kredit AAANegara manakah yang mempunyai penarafan kredit AAA?

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership