Sertai promo FBS
Nikkei adalah indeks saham Jepun yang utama dan paling terkenal. Ia terdiri dari 225 syarikat blue-chip teratas yang diperdagangkan di Bursa Saham Tokyo seperti Sony, Canon, Toyota, Nissan, dan Honda. Istilah ‘blue-chip’ digunakan untuk menggambarkan sebuah syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang besar, reputasi yang cemerlang, dan kejayaan selama bertahun-tahun. Nikkei sering dibandingkan dengan Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) di Amerika Syarikat. Lihat carta JP255 (Nikkei 225)!
Nikkei 225 adalah indeks berwajaran harga. Ini bermakna indeks ini adalah purata harga saham semua syarikat yang disenaraikan. "Stock Average Fact Sheet" Nikkei 225 mengatakan bahawa indeks JP225 dikira setiap 5 saat sepanjang waktu operasi Bursa Saham Tokyo.
Indeks adalah salah satu aset yang paling selamat dan berisiko rendah di pasaran kewangan. Kenapa ia begitu? Setiap indeks adalah sebuah portfolio yang mempunyai kepelbagaian yang baik (well diversified). Sekiranya salah satu syarikat indeks kehilangan nilainya, syarikat lain yang maju akan mengimbangi kejatuhan tersebut dan jumlah harga indeks tidak akan turun sebanyak mana dan bahkan boleh naik walaupun ada beberapa saham indeks yang jatuh!
Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) Nikkei 225. Kontrak-kontrak ini adalah cerminan pergerakan JP225. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh membuka pesanan beli dan jual bila berdagang.
Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil deposit, anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.
Nikkei didorong oleh laporan pendapatan, berita, dan pelancaran produk baru oleh syarikat-syarikat yang tersenarai. Selain itu, faktor ekonomi Jepun seperti kadar faedah, dasar monetari, dan indikator ekonomi boleh mempengaruhi indeks kerana mereka boleh mengubah selera pengguna untuk produk dan sentimen pasaran secara keseluruhan.