Sertai promo FBS

Dapatkan ganjaran 100%, dari gajet hingga kereta, dan menangi cabutan bertuah dengan prize pool $150K.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Harga Sebutan (Quoted Price)

Pedagang bukan sahaja perlu memahami bagaimana harga bergerak. Mereka juga harus mengetahui banyak istilah dan definisi perdagangan. Jika tidak, sukar untuk anda menajamkan naluri tentang pasaran dan memahaminya dengan mendalam. Sekarang, kita akan bercakap tentang maksud dan penggunaan harga sebutan.

Apakah itu Harga Sebutan (Quoted Price)?

Harga sebutan (atau kos sebutan) ialah harga pasaran semasa bagi suatu pasangan matawang, saham atau komoditi. Ia ialah harga di mana pembeli dan penjual bersetuju untuk memperdagangkan aset pada suatu masa yang spesifik. Pedagang boleh melihat harga ini pada platform perdagangan dan laman web berita kewangan. Walaupun terdapat beberapa kes penggunaan harga sebutan yang luar biasa, kita perlu sedar bahawa harga sebutan ini tidak memberitahu kita semua maklumat tentang pasaran, seperti tahap penawaran dan permintaan, keaktifan perdagangan semasa dan kewujudan Ambilan Untung dan Renti Rugi.

Bagaimana Harga Sebutan Berfungsi?

Ia hanya mencerminkan harga pasaran semasa aset berdasarkan urusniaga yang terakhir dibuat. Apabila pedagang ingin membeli atau menjual aset, mereka boleh melihat harga sebutan (quoted price) pada platform perdagangan dan memutuskan sama ada adakah ini masa yang sesuai untuk membuat perdagangan.

Harga sebutan ditentukan oleh harga bid dan harga ask yang mewakili harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli dan harga terendah yang sanggup diterima oleh penjual.

Harga Sebutan Serta Harga Bid Dan Ask

Harga sebutan, harga bid, harga ask adalah konsep yang hampir serupa dalam perdagangan tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Seperti yang kami nyatakan dalam perenggan sebelumnya, harga bid dan ask adalah niat antara pembeli dan penjual. Sebaliknya, harga sebutan ialah harga pasaran semasa sesuatu aset. Kita juga boleh memanggilnya sebagai harga jualan terkini.

Pedagang boleh menggunakan mana-mana harga yang mereka mahukan untuk membuat keputusan. Biasanya, kadar harga sebutan adalah lebih mudah untuk difahami kerana ia hanya mempunyai satu harga berbanding dua harga dalam Harga Bid dan Harga Ask. Walau bagaimanapun, harga Bid dan harga Ask akan membentuk spread, ini sangat penting untuk semua pedagang.

Bagaimana Pedagang Menggunakan Harga Sebutan?

Pedagang menggunakan harga sebutan untuk mendapatkan harga terkini. Dan itu sahaja maklumat yang diberikan oleh harga sebutan tentang urusniaga terakhir yang berlaku. Walau bagaimanapun, semua pedagang menggunakan harga sebutan dalam strategi perdagangan dan sistem aksi harga mereka, membuat keputusan berdasarkan andaian bahawa harga akan naik atau turun.

Pedagang bergantung pada harga sebutan kerana ia adalah salah satu daripada beberapa cara untuk mendapatkan data pasaran terkini.

Apa yang tidak kita ketahui daripada Harga Sebutan?

Walaupun harga sebutan memberikan maklumat yang berharga untuk pedagang, ia tidak memberitahu kita segala-galanya tentang pasaran. Sebagai contoh:

  • Tahap relatif penawaran dan permintaan untuk aset.
  • Siapakah pembeli dan penjual semasa?
  • Sama ada terdapat pesanan harga had yang ketara atau stop order untuk membeli atau menjual dengan harga yang hampir dengan harga sebutan.
  • Sentimen pasaran keseluruhan atau sentimen pelabur terhadap aset.
  • Kesan peristiwa ekonomi atau siaran berita terhadap harga aset.

Jadi pedagang tidak mungkin akan melaksanakan apa-apa strategi tindakan harga berdasarkan harga sebutan semata-mata.

Siapakah pembeli dan penjual semasa?

Jika terdapat lebih ramai pembeli daripada penjual untuk aset tertentu, ini boleh menunjukkan bahawa harga aset itu berkemungkinan akan meningkat dalam jangka pendek dan begitu juga sebaliknya.

Walau bagaimanapun, harga sebutan (quoted price) tidak memberikan maklumat tentang identiti atau niat pembeli dan penjual semasa. Pedagang mungkin perlu menggunakan alat tambahan, seperti data buku pesanan (order book) atau sumber berita, untuk mendapatkan maklumat tentang siapa yang membeli dan menjual aset pada masa tertentu. Itu adalah keterbatasan terbesar bagi harga sebutan.

Kesimpulan

Harga sebutan menyediakan maklumat yang berharga untuk pedagang tetapi ia juga mempunyai batasan. Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan harga sebutan:

Kelebihan:

  • Memberikan harga pasaran semasa untuk aset
  • Pedagang boleh mengaksesnya dengan mudah melalui platform perdagangan atau sumber berita kewangan

Kekurangan:

  • Tidak memberikan maklumat tentang identiti atau niat pembeli dan penjual semasa.
  • Tidak mencerminkan kesan peristiwa ekonomi atau siaran berita terhadap harga aset.

Pedagang perlu mengetahui batasan ini apabila menggunakan harga sebutan untuk strategi perdagangan mereka. Harga sebutan ini tersedia pada setiap akaun perdagangan FBS.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.