Perdagangan spot ialah kaedah membeli dan menjual aset pada kadar semasa pasaran, yang dipanggil harga spot, dengan niat untuk menerima aset pendasarnya dengan segera. Perdagangan pasaran spot popular di kalangan pedagang intrahari kerana mereka boleh membuka posisi jangka pendek dengan spread yang rendah tanpa tarikh tamat tempoh.
Pedagang spot cuba mengaut keuntungan di pasaran dengan membeli aset dengan harapan nilainya akan meningkat. Mereka kemudian boleh menjual aset mereka di pasaran spot untuk mendapatkan keuntungan apabila harga sudah meningkat. Pedagang spot juga boleh membuka posisi short di pasaran. Proses ini melibatkan penjualan aset kewangan dan membelinya semula apabila harga jatuh.
Jenis-jenis transaksi yang ada di bursa spot dibezakan berdasarkan kelajuan penyelesaiannya.
Sila maklum bahawa semua syarat transaksi dikira berdasarkan kiraan hari bekerja. Ini penting untuk difahami, terutamanya apabila membuat urusniaga TOM dan SPT pada hari Jumaat di penghujung minggu.
Secara amnya, terdapat dua jenis pasaran yang berbeza di mana anda boleh membuat urusniaga perdagangan spot. Ia adalah pasaran atas kaunter (OTC, over-the-counter) dan bursa pasaran yang besar seperti NYSE atau Nasdaq.
Perdagangan OTC ialah sejenis perdagangan spot aset kewangan dan sekuriti, yang dijalankan secara langsung antara broker, pedagang dan peraih (dealer).
Dengan perkataan lain, aset didagangkan bukan di bursa-bursa yang terpusat, tetapi menerusi rangkaian peraih-broker. Sifat pasaran OTC inilah yang menjadikan dagangan Forex tersedia 24 jam sehari. Selain itu, perdagangan atas kaunter boleh melangkaui lebih dari sekadar perdagangan produk kewangan yang standard: boleh terdapat pelbagai saiz kontrak yang berbeza di pasaran OTC. Akhir sekali, kerana tiada pihak berkuasa pusat, setiap pihak yang terlibat boleh berhadapan dengan risiko kredit di pihak rakan niaganya. Peraih (dealers), juga dikenali sebagai pembuat pasaran (market makers), membeli dan menjual instrumen kewangan daripada inventori mereka sendiri.
Bursa terpusat (centralized exchange) menguruskan perdagangan aset seperti Forex, komoditi dan matawang kripto. Bursa bertindak sebagai perantara antara peserta-peserta pasaran dan penjaga aset yang didagangkan. Untuk menggunakan bursa terpusat, anda mesti mempunyai matawang fiat atau matawang kripto yang ingin anda dagangkan di akaun anda.
Bursa-bursa pasaran yang utama termasuklah pasaran terkenal dunia seperti NYSE dan Nasdaq di AS, serta pasaran global lain seperti Bursa Saham London (LSE), Bursa Saham Shanghai (SSE) dan Bursa Saham Hong Kong (HKSE). Di semua pasaran utama, pelabur boleh membuat urusniaga perdagangan spot dengan penghantaran dan pembayaran secara segera.
Lawan bagi perdagangan spot ialah transaksi di mana pembayaran dan penghantaran pelaburan tidak berlaku secara segera. Pedagang yang ingin melabur hanya pada harga tertentu dan dalam jangka masa yang telah ditetapkan boleh melabur dalam kontrak derivatif seperti:
Kontrak opsyen adalah kontrak yang memberi pemegangnya hak, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli sekuriti pada harga dan tarikh yang telah ditetapkan.
Kontrak niaga hadapan ialah kontrak untuk membeli atau menjual sejumlah tertentu sekuriti pada harga tertentu dan di masa hadapan.
Kedua-dua kontrak opsyen dan kontrak niaga hadapan bukanlah pemilikan sebenar sekuriti pendasar. Sebaliknya, ia adalah kontrak di antara dua pihak untuk membeli atau menjual sekuriti di kemudian hari.
Perbezaan antara perdagangan spot dan perdagangan margin terletak pada risiko berbanding ganjaran. Inilah yang anda dapat dengan perdagangan spot, satu perkara yang mudah dan ringkas: anda membeli atau menjual aset secara terus di bursa. Sebaik sahaja anda membeli atau menjual, pesanan selesai dan anda dapat apa yang anda miliki.
Berdagang dengan margin, sebaliknya, adalah lebih rumit dan lebih berisiko. Walau bagaimanapun, potensi ganjaran adalah lebih tinggi berbanding dengan perdagangan spot. Skala risiko dan ganjaran dalam perdagangan margin biasanya antara 2x dan 100x. Dalam perdagangan margin, kebanyakan broker membenarkan anda berdagang sehingga 20x leveraj, atau 1:20, namun ada yang setinggi 100x, atau 1:100. Pada kadar terkini, anda boleh dagangkan $100 dan membeli $10,000 dengan meminjam $9,900.
Sebabnya mudah: anda meminjam wang untuk berdagang dengan harga aset yang sedang naik atau turun. Jika anda betul, bagus! Anda membayar balik pinjaman tersebut dan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar daripada yang anda mampu capai dengan berdagang hanya menggunakan wang anda sendiri sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda tersilap, anda berhutang kepada broker amaun yang anda pinjam, termasuk faedah dan yuran transaksi.
Dari satu sudut, perdagangan margin adalah serupa dengan perdagangan spot. Walau bagaimanapun, posisi berleveraj dalam perdagangan margin memburukkan keadaan bagi kemeruapan yang sama yang dilihat di pasaran spot, menjadikan pelaburan yang kecil lebih berisiko dari segi kos dan ganjaran.
Jika anda bergiat dalam perdagangan margin, anda perlu fahami bahawa apabila tahap margin menurun, lebih banyak kolateral (atau leveraj yang lebih rendah) mesti digunakan pada posisi tersebut. Ini dipanggil panggilan margin. Lebih tinggi nisbah leveraj, lebih cepat tahap margin boleh menjunam.
Walau bagaimanapun, jika dagangan margin berjaya, nisbah leveraj yang tinggi boleh membantu pedagang mencapai kejayaan dengan kadar yang tinggi dan pantas. Sebagai contoh, lazimnya pedagang boleh berdagang dalam julat 2x hingga 10x, meraih keuntungan antara hampir dua hingga sepuluh kali ganda lebih besar.
Katakan anda ingin membuka urusniaga perdagangan dengan pasangan matawang GBPUSD. Harga semasa ialah 1.35250 dan berdasarkan strategi perdagangan anda, anda meramalkan ia akan naik. Anda membeli pada harga 1.35250, dan pilih berapa risiko yang anda sanggup tanggung bagi setiap poin pergerakan harga. Jika anda mempertaruhkan $1 setiap poin, setiap kali harga bergerak satu poin ke atas atau ke bawah, anda akan untung atau rugi $1. Jika harga meningkat sehingga ke paras 1.3600, urusniaga perdagangan anda akan meraih keuntungan sebanyak $750 (750 mata x $1). Jika harga jatuh ke 1.3500, urusniaga perdagangan anda akan rugi $250 (250 mata x $1).
Pedagang boleh mengawal bila mereka mahu memangkas kerugian dan bila mereka mahu memuktamadkan keuntungan dengan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung. Sebagai alternatif, anda boleh menentukan harga untuk pesanan-pesanan ini ketika berurusniaga dengan mengklik butang beli atau jual pada pasangan matawang.