FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

Bebas Swap

Apa itu Swap?

Swap ialah sejumlah wang yang anda terima atau bayar untuk mengekalkan posisi semalaman. Ia dibentuk berdasarkan kadar faedah bank-bank pusat di negara-negara yang matawangnya anda dagangkan. Swap boleh berbentuk positif atau negatif.

Bagaimana ia berfungsi?

Apabila membeli pasangan EURUSD, anda meminjam USD untuk membeli EUR.

Katakan kadar faedah Rizab Persekutuan adalah 1.5%, dan kadar Bank Pusat Eropah (ECB) adalah 0.5%.

Jika anda meminjam $100,000 daripada bank pusat Amerika itu untuk mendepositkan €95,000 ke akaun anda di Bank Pusat Eropah, maka setiap kali posisi anda melepasi tengah malam anda akan membayar kadar 1.5% untuk amaun yang anda pinjam dari bank pusat Amerika dan menerima faedah dengan kadar 0.5% atas deposit anda di Bank Pusat Eropah.

0.5% (anda terima) – 1.5% (anda bayar) = -1%. Ini bermakna anda perlu membayar fi untuk mengekalkan posisi semalaman.

Jika anda meminjam matawang dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada matawang pelaburan anda, anda akan menerima fi ini ke dalam akaun anda pada setiap malam apabila anda mengekalkan posisi.

Walau bagaimanapun, tidak semua trader boleh menerima atau membayar fi sedemikian. Itulah sebabnya FBS menawarkan pilihan bebas swap.

Apa itu bebas swap?

Swap adalah faedah yang dibayar untuk mengekalkan posisi semalaman berdasarkan kadar faedah bank-bank pusat. Caj faedah sebegitu bertentangan dengan prinsip Islam.

Untuk menjadikan trading sesuai untuk semua, kami menawarkan akaun Islamik (Bebas Swap) tanpa caj swap.

Siapa yang diberikan pilihan ini?

Perkhidmatan ini adalah untuk trader Muslim yang dilarang daripada menerima atau membayar faedah, selaras dengan ajaran agama Islam.

Adakah perkhidmatan bebas swap tersedia untuk semua instrumen perdagangan?

Caj komisen mingguan dikenakan hanya bagi posisi jangka panjang yang melibatkan instrumen Eksotik Forex sahaja. Ia dicaj tujuh hari setelah rollover pertama dan setiap hujung minggu sehingga posisi berkenaan ditutup. Untuk instrumen lain, tidak ada caj komisen mingguan.

Bagaimana cara mengaktifkan Bebas Swap?

Untuk mengaktifkan opsyen Bebas Swap, hubungi pasukan khidmat pelanggan 24/7 kami.