Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

24 Mac 2025

Matawang

EURNZD: NZD Berhadapan Dengan Kelemahan Struktur (24 Mac)

Analisis Teknikal

  • Prospek Kadar Faedah: Pasaran meletakkan Kadar Tunai Rasmi (OCR) di atas 3%, tetapi risiko menunjukkan kadar lebih yang rendah mungkin diperlukan lantaran kerana kapasiti ekonomi yang tidak terguna sepenuhnya (spare capacity).
  • Pertumbuhan Ekonomi: Pertumbuhan KDNK Q4 sebanyak 0.7% mengatasi jangkaan tetapi faktor-faktor yang dipertimbangkan yang berlaku hanya sekali berkemungkinan besar tidak akan berlanjutan lebih lama.
  • Risiko Inflasi: Dengan lebihan kapasiti yang tinggi (~ -1.5% output gap), disinflasi kekal menjadi kebimbangan, meningkatkan risiko di mana kadar tidak memenuhi jangkaan pasaran.

Faktor Fundamental Yang Mempengaruhi NZD

  1. Prospek Pertumbuhan: Walaupun NZ secara teknikalnya telah keluar dari kemelesetan, pemulihan secara asasnya masih lemah, dengan pertumbuhan penggunaan yang rendah (0.1%) dan sektor pelaburan kediaman yang merosot.
  2. Inflasi & Pasaran Buruh: Pengangguran masih belum memuncak, dan inflasi semakin hampir dengan sasaran, bermakna RBNZ mungkin perlu mengekalkan kadar yang neutral lebih lama atau bahkan dipotong agar kurang daripada 3%.
  3. Pasaran Perumahan: 44% daripada gadai janji ditetapkan selama enam bulan atau kurang, bermakna pemilik rumah boleh mendapat manfaat daripada kadar tetap yang lebih rendah. Namun, tidak jelas sama ada peningkatan pengangguran akan meningkatkan perbelanjaan.
  4. Faktor Luaran: Harga komoditi yang lebih tinggi menyokong eksport, tetapi tarif dagangan global boleh menghambat pertumbuhan.
  5. Ketidaktentuan Dasar & Politik:
    • Unjuran RBNZ menunjukkan pertumbuhan di atas trend (2.6%)—yang mungkin terlalu optimis jika kita mengambil kira risiko-risiko dagangan.
    • Ketidakpastian politik, termasuk pemergian Gabenor RBNZ Adrian Orr, meningkatkan kemeruapan.

Intipanti Penting Untuk Para Trader

  • NZD kekal berisiko melemah kerana masalah-masalah ekonomi masih berterusan, dan pemotongan kadar di bawah 3% adalah mungkin.
  • Pantau sekiranya inflasi tersasar daripada sasaran dalam beberapa bulan akan datang. Jika itu terjadi, RBNZ mungkin memerlukan kadar neutral atau lebih rendah untuk tempoh yang lebih lama, menekan NZD.
  • Penstabilan pasaran perumahan dan eksport yang kukuh mungkin akan membantu menguatkan sedikit NZD, tetapi pertumbuhan keseluruhan yang lemah tidak mungkin dapat menghapus situasi lebihan kapasiti dengan cepat.

EURNZD – Rangka Masa H4

EURNZDH4_(4).png

Berikutan penembusan struktur bearish pada carta rangka masa 4 jam EURNZD, alat Pengunduran Fibonacci telah diplotkan, dengan aras 61% hingga 88% menjadi zon fokus yang penting. Pengunduran seterusnya menghampiri zon bekalan yang bertindih dengan aras pengunduran 61.8% selepas menyapu kecairan daripada struktur dalaman sebelumnya, membawa kepada sentimen bearish.

EURNZD – Rangka Masa H2

EURNZDH2_(2).png

Aksi harga pada carta rangka masa 2 jam EURNZD mengesahkan sentimen rangka masa 4-jam dengan mendedahkan FVG (Fair Value Gap) yang dijangka akan ditutup oleh harga sebelum ia disanggah daripada zon bekalan.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bearish

Sasaran- 1.84964

Pembatalan- 1.91228

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus di saluran telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership