Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

20 Mei 2025

Matawang

GBPAUD – Laporan Pasaran Terkini – 20 Mei

Sehingga 20 Mei 2025, GBPAUD didagangkan sekitar 2.0838, mencerminkan prospek bullish jangka pendek yang berhati-hati, didorong oleh kedua-dua pola teknikal dan dasar monetari yang bercanggah antara UK dan Australia.

Kesimpulan:

  • Penyongsangan Trend: Pasangan ini baru-baru ini melantun daripada zon sokongan 2.0500-2.0510, sejajar dengan pengunduran Fibonacci 61.8% rali kenaikan bulan Januari. Ini mencadangkan pembentukan gelombang pembetulan telah lengkap dan kemungkinan uptrend yang lebih umum sudah bermula kembali.
  • Aras Rintangan: Rintangan terdekat dicerap ada di sekitar 2.0688, sepadan dengan purata bergerak 100 tempoh. Penembusan yang jelas di atas aras ini boleh membawa harga ke arah zon rintangan utama seterusnya di sekitar 2.0760.
  • Pola Carta: Pola segitiga simetri pada carta 5 minit menunjukkan kecenderungan bullish, dengan penembusan ke sebelah atas 2.0732 berpotensi mensasarkan 2.0745. Faktor Fundamental:
  • Tinjauan Ekonomi UK: Pertumbuhan KDNK Q1 UK sebanyak 0.7% mengatasi jangkaan, dan inflasi dijangka meningkat kepada 3.5% pada Q3. Ini boleh melambatkan lagi pemotongan kadar oleh Bank of England (BoE), yang baru-baru ini mengurangkan kadar asas kepada 4.25%.
  • Tinjauan Ekonomi Australia: Bank Rizab Australia (RBA) telah mengambil sikap dovish, dengan pasaran memfaktorkan ke dalam harga kebarangkalian 54% kadar diturunkan 50 mata asas pada 20 Mei, berpotensi menurunkan kadar kepada 3.6%. Inflasi yang lemah, pertumbuhan ekonomi, dan kebimbangan terhadap permintaan China untuk eksport Australia telah menambah tekanan ke atas AUD.

Trajektori jangka pendek pasangan GBPAUD kelihatan bullish dengan berhati-hati (cautiously bullish), disokong oleh indikator teknikal dan faktor fundamental. Pergerakan yang berterusan di atas 2.0745 boleh membuka jalan ke arah 2.1000, sementara penurunan melepasi 2.0510 mungkin memberikan signal penyongsangan menurun. Trader harus memantau keputusan bank pusat yang akan datang dan siaran data ekonomi untuk hala tuju selanjutnya.

GBPAUD – Rangka masa H4

GBPAUDH4_(7).png

Di atas carta, aksi harga rangka masa 4 jam GBPAUD kini menghampiri zon bekalan rally-base-drop yang terletak di dalam aras-aras utama alat Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement). Di samping itu, pertemuan garisan trend rintangan, bersama-sama dengan pola SBR (Sweep Break Retest), meningkatkan lagi kemungkinan natijah yang bearish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bearish

Sasaran- 2.05620

Pembatalan- 2.10424

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership