Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

02 Apr 2025

Matawang

USDJPY: Tarif AS Boleh Bebankan Perdagangan, Sentimen - Ueda (2 April)

Analisis Teknikal

  • Kadar Dasar Semasa BoJ: 0.50% (paras tertinggi sejak 2008)
  • Kebarangkalian Kenaikan Kadar (mesyuarat 1 Mei): 16% (turun daripada 26% minggu lepas)
  • Tinjauan Keyakinan Bisnes Tankan: Stabil tetapi berhati-hati

Faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Ekonomi Jepun

  1. Tarif AS Untuk Import Kenderaan
    • Tarif 25% ke atas eksport kenderaan Jepun boleh membebankan imbangan perdagangan Jepun.
    • Tarif timbal balik daripada rakan dagang boleh memberi kesan kepada permintaan eksport global Jepun.
    • Sentimen pengguna & perniagaan boleh memburuk, menjejaskan perbelanjaan dan pelaburan.
  2. Respons Kerajaan Terhadap Ketidakpastian Perdagangan
    • Jepun membuka 1,000 meja konsultasi bisnes untuk menyokong firma yang terjejas.
    • Pihak berkuasa memantau kesan ekonomi dengan teliti sebelum melaras semula dasar.
  3. Impak Ke Atas Kenaikan Kadar BoJ
    • Prospek ekonomi Jepun masih berada di landasan yang betul, tetapi ketidakpastian semakin meningkat.
    • Sebelum berita tarif tersiar, ahli ekonomi telah menjangkakan kenaikan kadar BoJ pada bulan Jun atau Julai.
    • Ramalan kadar kenaikan untuk bulan Mei turun daripada 26% kepada 16%, menunjukkan sikap berhati-hati dalam kalangan trader.

Intipanti Penting Untuk Trader

  • Jangka pendek: Kemeruapan JPY meningkat akibat ketidakpastian tarif.
  • Jangka sederhana: BoJ mungkin menangguhkan kenaikan kadar seterusnya jika sentimen dagangan merosot.
  • Jangka panjang: Jika ekonomi Jepun kekal berdaya tahan, BoJ boleh terus mengetatkan dasar secara beransur-ansur pada akhir tahun.
  • Impak FX: Pendirian BoJ yang dovish boleh melemahkan JPY, sementara kebimbangan tentang perdagangan boleh mencetuskan aliran masuk tunai daripada para pelabur yang mencari perlindungan Yen sebagai matawang safe-haven.

USDJPY – Rangka masa D1

USDJPYDaily_(2).png

Aksi harga pada carta harian USDJPY baru-baru ini telah ditolak daripada kawasan pertemuan (confluence area) zon bekalan dan purata bergerak 50 hari (MA-50), yang membawa kepada pergerakan bearish yang kini telah menembus ke bahagian bawah aras sokongan garisan trend. Dari titik ini, harga mungkin akan terus menurun, walaupun kami menjangkakan akan berlaku retest ke atas garisan trend untuk pengesahan.

USDJPY – Rangka masa H4

USDJPYH4_(2).png

Carta rangka masa 4 jam untuk USDJPY menunjukkan bahawa pergerakan berhampiran zon bekalan rangka masa harian telah membentuk pola SBR (Sweeping Break Retest), dengan FVG dan paras tertinggi yang terangsang jelas kelihatan. Retest ke atas zon bekalan pada bahagian bahu pola SBR adalah signal untuk permulaan impuls bearish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bearish

Sasaran- 145.133

Pembatalan- 151.231

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus di saluran telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership