• 12 Aug 2024
  • Matawang

Berita Minggu Ini (12 Ogos — 16 Ogos): Ulasan Pasaran NZDUSD!

Fokus pada NZDUSD! Potensi trading yang mengujakan sudah hampir tiba.

Pasangan NZDUSD biasanya dipanggil "Kiwi". Ia menunjukkan kadar pertukaran antara dolar New Zealand dan dolar AS. Ia biasanya dianggap sebagai salah satu indikator penting aktiviti ekonomi antara New Zealand dan Amerika Syarikat. Harga komoditi, pelancongan, dan imbangan perdagangan New Zealand memacu kekuatan NZD. USD pula, sebaliknya, didorong oleh indikator AS, dasar Rizab Persekutuan, dan sentimen risiko global. Kekuatan relatif salah satu atau kedua-dua matawang ini menggerakkan kadar NZDUSD dan menunjukkan perubahan kemantapan ekonomi kedua-dua negara ini.

Keputusan kadar faedah New Zealand, 14 Ogos, 04:00 (GMT+2)

Kadar faedah Bank Rizab New Zealand dijangka diumum 5.50%. Hakikatnya, kadar yang tidak berubah dianggap baik untuk kestabilan ekonomi, tanpa perubahan pada pelaburan atau perbelanjaan, yang akan menguatkan lagi NZD berbanding USD. Jika kadar ini dinaikkan, ia akan mendorong kenaikan signifikan dolar New Zealand berbanding dolar AS. Ini boleh dilihat sebagai tanggapan yang lebih positif tentang prospek ekonomi atau kebimbangan mengenai inflasi dan membawa kepada kenaikan kadar pertukaran NZDUSD. Penurunan kadar di luar jangkaan harus dianggap sebagai ketidaktentuan ekonomi. Ini akan direnteti dengan pelemahan NZD dan kemerosotan NZDUSD.

Bank Rizab New Zealand telah mengadakan mesyuarat terakhirnya pada 10 Julai, dan kadar faedah kekal tidak berubah. Walau bagaimanapun, NZDUSD mengalami kejatuhan yang ketara!

nzdusd_1.png

Indeks Harga Pengguna (CPI) AS MoM, 14 Ogos, 14:30 (GMT+2)

CPI AS dijangka meningkat kepada 0.2% daripada -0.1% bulan sebelumnya. Jika ramalan ini menepati atau mengatasi jangkaan, menunjukkan aktiviti ekonomi yang kukuh dan potensi tekanan inflasi, dolar AS boleh menguat kerana pasaran menjangkakan kemungkinan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan. Senario sedemikian biasanya membawa kepada NZDUSD yang lebih rendah kerana Dolar AS yang lebih kuat memberi kesan yang negatif kepada NZD. Sebaliknya, USD mungkin melemah jika laporan CPI di bawah jangkaan 0.2%, menunjukkan ekonomi kurang memberangsangkan berbanding yang dijangkakan. Angka yang lebih lembut boleh meningkatkan kadar NZDUSD kerana keyakinan terhadap kekuatan ekonomi AS semakin lemah.

Pada rangka masa harian, NZDUSD, yang berada dalam trend menurun jangka panjang, telah melantun dari sokongan dan mengukuh berhampiran rintangan Fibonacci 38.2. Demarker naik melepasi 0.300, keluar daripada zon terlebih jual, walaupun sentimen keseluruhan kekal sangat bearish.

  • Jika bulls menolak harga naik ke atas rintangan 0.6000, sasaran seterusnya ialah rintangan 0.6080, bersamaan dengan 61.8 Fibonacci;

  • Lantunan daripada rintangan akan membawa NZDUSD kembali ke sokongan 0.5870;

nzdusd_2.png

Cuba trading sekarang!

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Photo

Pengarang: Egor Schmidt