• 16 Sept 2024
  • Matawang

Berita Minggu Ini (16 September - 20 September): Fokus GBPUSD!

GBPUSD menunggu masa untuk menerobos — trader perlu berjaga-jaga!

Pasangan GBPUSD, biasanya dikenali sebagai “cable” dalam kalangan trader, mencerminkan kadar pertukaran antara paun British dan dolar AS. Keadaan ekonomi sangat mempengaruhi pasangan ini, baik di UK mahupun Amerika Syarikat. Paun biasanya bergantung pada keputusan kadar faedah UK, data inflasi, dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan, bilamana inflasi yang meningkat sering menyebabkan kenaikan kadar faedah, yang akan menyokong Paun. Dolar AS, sebaliknya, dipengaruhi oleh dasar Rizab Persekutuan, trend inflasi, dan indikator ekonomi AS seperti penggajian pekerja dan pertumbuhan KDNK. Ia salah satu pasangan yang terpenting dalam pasaran Forex, yang sangat menarik untuk diperdagangkan!

Keputusan Kadar Faedah Fed, 18 September, 20:00 (GMT+2)

Rizab Persekutuan dijangka akan mengurangkan kadar faedah daripada 5.50% kepada 5.25%. Sekiranya unjuran ini ternyata sahih, ia petanda dasar monetari yang lebih lunak, yang boleh melemahkan dolar AS dan seterusnya membawa kepada kenaikan pasangan GBPUSD. Walau bagaimanapun, jika pemotongan kadar lebih besar daripada yang dijangkakan atau lebih banyak kata-kata yang dovish mengiringi keputusan itu, dolar boleh melemah lebih jauh, berpotensi menolak GBPUSD naik lebih tinggi. Sebaliknya, jika Fed mengekalkan kadar pada paras semasa, dolar AS boleh menguat kerana pelabur akan beralih kepada aset-aset AS yang memberikan hasil yang lebih tinggi, menyebabkan GBPUSD jatuh.

Fed AS kali terakhir mengubah kadar pada 26 Julai 2023, daripada 5.25% kepada 5.50%. Ini pada mulanya membawa kepada kenaikan tetapi disusuli dengan penurunan yang kuat pada keesokan harinya.

gbpusd1.png

Penyata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, 18 September, 20:00 (GMT+2)

Penyata FOMC, yang diterbitkan bersama dengan keputusan kadar faedah, akan memberikan panduan penting mengenai dasar monetari AS masa hadapan. Sekiranya penyata itu mengesahkan jangkaan pelonggaran yang berterusan, dengan lebih banyak kata-kata yang membayangkan pemotongan kadar atau unjuran ekonomi yang berhati-hati, ini mungkin akan melemahkan lagi Dolar AS, yang membawa kepada potensi kenaikan pasangan GBPUSD. Sebaliknya, jika penyata FOMC memberikan kejutan dengan nada yang lebih hawkish, menekankan kebimbangan mengenai inflasi atau memberi petunjuk tentang pemotongan yang lebih rendah pada masa akan datang, dolar boleh menguat, berpotensi menyebabkan kejatuhan GBPUSD.

Keputusan Kadar Faedah UK, 19 September, 13:00 (GMT+2)

Bank of England dijangka mengekalkan kadar faedah pada paras 5.00%. Sekiranya unjuran ini disahkan, reaksi pasaran mungkin agak terbatas, dan GBPUSD mungkin akan meningkat sedikit. Adalah sangat tidak mungkin bahawa Bank of England akan menaikkan kadar dalam masa terdekat, kerana inflasi semakin menurun.

Walau bagaimanapun, jika Bank of England memotong kadar atau bernada dovish, daya tarikan pound akan merosot dengan ketara, yang membawa kepada kejatuhan GBPUSD.

Pada rangka masa Harian, GBPUSD berada dalam trend bullish jangka panjang, telah membentuk pola Expanding Wedge. Harga melantun daripada sempadan atas dan mengukuh (consolidating) berhampiran aras sokongan 38.2 Fibonacci. Pada masa yang sama, Stochastic menunjukkan situasi terlebih jual.

  • Jika harga jatuh melepasi aras sokongan 1.3050, ia akan turun ke arah garisan trend yang lebih rendah iaitu di 1.2900, bersamaan dengan 61.8 Fibonacci;

  • Lantunan semula daripada aras sokongan akan membawa GBPUSD kembali ke rintangan 1.3260;

gbpusd2.png

Cuba trading sekarang!

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Photo

Pengarang: Egor Schmidt