Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

12 Mei 2025

Matawang

Rali Kenaikan USD: Gencatan Perang Dagang Dengan China dan CPI Jadi Fokus

Analisis Fundamental

USD menguat lantaran gencatan perang dagang dan jangkaan CPI

Dolar A.S. mendapat momentum yang kuat pada Isnin ini, didorong oleh kelegaan di pasaran selepas gencatan perang dagang selama 90 hari dipersetuji oleh A.S. 🇺🇸 dan China 🇨🇳. Pengurangan tarif oleh kedua-dua pihak — Washington menurunkannya kepada 30% dan Beijing kepada 10% — membantu meredakan kebimbangan mengenai kemungkinan kemerosotan ekonomi global dan menghidupkan semula permintaan untuk aset yang didenominasikan dalam USD. Indeks Dolar A.S. (USDX) meningkat lebih daripada 1.20% pada sesi Eropah, manakala ekuiti mengalami kenaikan dan Emas jatuh lebih daripada 3%. Peralihan risiko ini mencerminkan keyakinan baharu terhadap kesetabilan makroekonomi di AS, terutamanya kerana kedua-dua negara itu telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan rundingan dan tidak mensasarkan decoupling sepenuhnya.

Namun, perhatian trader kini beralih kepada acara utama pada hari Selasa: Indeks Harga Pengguna (CPI) bulan April. Jangkaan terarah kepada bacaan tahun ke tahun sebanyak 2.4%, tidak berubah berbanding bulan Mac. Penganalisis memberi amaran bahawa dasar tarif Trump boleh menyemarakkan kembali tekanan inflasi dalam beberapa bulan akan datang. Jika trend ini menjadi kenyataan, Fed mungkin mempertimbangkan semula rentak pengurangan kadar mereka, seterusnya menyokong USD. Untuk trader forex, pasangan seperti EURUSD dan GBPUSD mungkin kekal di bawah tekanan menurun jika data inflasi melebihi jangkaan dan menguatkan greenback.

Analisis Teknikal

Indeks Dolar A.S. (USDX) | H4

DXY_ANALISIS.jpg

Zon Bekalan (Jual): 101.74, 102.16, 102.89

Zon Permintaan (Beli): 100.28, 100.50, 100.00

Tajuk berita pada hari Isnin mencetus penyongsangan bullish intrahari yang kuat pada carta USD, dengan peningkatan 1.30% pada pagi Eropah. Setelah mencapai 101.74, harga mengundur untuk membetulkan inefficiency bervolum rendah yang disebabkan oleh rali tajam, berkemungkinan mencari kecairan berhampiran 101.00, 100.78, atau bahkan 100.50

Pembeli dijangka kembali di atas 100.00 untuk bergerak ke arah zon bekalan mingguan seterusnya di sekitar 102.00, 102.16, dan 102.89. Sokongan intrahari utama untuk trend bullish baru ini adalah pada aras 100.00; selagi aras ini bertahan, USD dijangka akan terus menguat.

→ Pertimbangkan untuk membeli USDJPY, USDCHF, USDCAD

→ Pertimbangkan untuk menjual GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD, XAUUSD

EURUSD | H4

EURUSD_ANALISIS.jpg

Zon Bekalan (Jual): 1.1228, 1.1254, 1.1286

Zon Permintaan (Beli): 1.1095, 1.1049, 1.0978

EURUSD mengesahkan penyongsangan bearish intrahari, mengesahkan 1.1293 sebagai rintangan utama. Trend menurun kekal aktif selagi pengunduran seterusnya gagal menembus ke sebelah atas aras itu. Selepas menyentuh sokongan psikologi 1.11, harga dijangka bergerak ke arah 1.12 sebelum meneruskan penjualan yang menyasarkan zon permintaan berbilang minggu pada 1.1050 dan 1.0978.

*PAR = Pola Penyongsangan. Sentiasa tunggu pengesahan pada rangka masa M5 berhampiran aras-aras utama. Lihat contoh 👉 Pautan Telegram

POC Yang Tersingkap:

POC = Point of Control, Titik Kawalan: Zon harga dengan volum tertinggi. Jika harga sebelum ini turun dari zon ini, ia dianggap sebagai zon jual. Jika ia mara naik, ia adalah zon sokongan.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Tibisay Ramos

Pengarang: Tibisay Ramos

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan