Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

21 Mei 2025

Matawang

USDJPY Ingin Kembali Ke Trajektori Bullish

Ringkasan

  • Sokongan & Rintangan: USDJPY didagangkan berhampiran 145.00, berhadapan dengan rintangan 145.35 dan sokongan 143.98. Penembusan menaik melepasi 145.35, jika ia terus menaik, boleh membuka pintu ke arah 147.25, manakala pergerakan ke sebelah bawah 143.98 akan menunjukkan potensi penyongsangan bearish.
  • Pola Carta: Pola Double Bottom terbentuk berhampiran 145.65, menunjukkan potensi bullish. Jika harga mengesahkan penembusan ke sebelah atas 147.25, pasangan ini boleh naik ke arah 149.05, melengkapkan struktur penyongsangan.

Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi USDJPY

  • Prospek A.S.:
    • Penurunan taraf kredit Moody (daripada Aaa kepada Aa1) telah mencetuskan kebimbangan tentang kestabilan fiskal AS, memetik tentang peningkatan hutang persekutuan sebanyak $36 trilion.
    • Semakan menurun itu mencetuskan penjualan besar-besaran bon, mendorong kenaikan hasil bon Perbendaharaan 30 tahun melebihi 5%, yang tertinggi dalam tempoh 18 bulan, dan melemahkan dolar A.S.
  • Dasar Fed:
    • Pegawai Fed, termasuk Alberto Musalem (St. Louis) dan Raphael Bostic (Atlanta), memberi isyarat penjedaan (pausing) kenaikan kadar, menyebutkan tentang keperluan untuk data ekonomi yang lebih tepat. Ini menyumbang kepada sentimen USD yang dovish.
  • Prospek Jepun:
    • Indeks Aktiviti Industri Tertiari jatuh kepada -0.3%, menunjukkan sektor perkhidmatan yang sedang melembap.
    • Walaupun begitu, Bank Jepun kekal komited terhadap dasar monetari ultra longgarnya, mengekalkan overnight call rate sekitar 0.5%, melemahkan JPY secara struktur.

Intipati Penting Untuk Trader

USDJPY mengukuh di sekitar 145.00 berlatarkan percanggahan fundamental. Tatkala kebimbangan fiskal A.S. dan sentimen dovish Fed menekan dolar, kadar rendah yang berterusan di Jepun telah membataskan kekuatan yen. Penembusan yang disahkan di atas 147.25 boleh menjadi signal penerusan trajektori menaik ke arah 149.05, manakala penurunan melepasi 143.98 boleh menandakan penyongsangan. Trader perlu memantau data inflasi utama A.S. dan komen-komen dasar BoJ untuk arah yang seterusnya.

USDJPY – Rangka Masa H4

USDJPYH4_(6).png

Aksi harga pada carta rangka masa harian USDJPY kini sudah mencapai kawasan kritikal Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement) — iaitu antara 76% dan 90%. Penembusan berganda struktur bullish menetapkan nada untuk sentimen bullish, sementara zon permintaan rally-base-rally, sokongan trendline, dan aras Fibonacci menyediakan konfluens yang menunjukkan kemungkinan terjadinya penerusan bullish.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 148.684

Pembatalan- 141.797

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

25 Ogo 2025

11:30

Tinjauan Pasaran Mingguan: Penurunan Kadar Fed, Laporan Perolehan Nvidia, dan Analisis COT USD

Matawang

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

25 Ogo 2025

11:00

Pengurangan Kadar RBA Cetus Lantunan Sentimen, AUDUSD Bertindak Balas

Matawang

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

21 Ogo 2025

13:00

EURJPY Berhenti di Paras Tinggi Julat Ketika Trader Mencari Signal ECB & BoJ

Matawang

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

21 Ogo 2025

13:00

XRPUSD Tertekan Di Bawah $3 Kerana Penangguhan ETF Menjejaskan Sentimen

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership