Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Okt 2024

Impak sosial

FBS Membantu Kebajikan Kanak-kanak di Indonesia

Kami dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama kami dengan Yayasan Peduli Anak, menandakan permulaan projek kerjasama kami yang pertama. Sumbangan daripada FBS baru-baru ini telah menyokong misi yayasan tersebut dalam menyediakan penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di Lombok dan Sumbawa.

Sumbangan ini membolehkan yayasan itu membeli 33 set meja dan kerusi sekolah, yang kini digunakan di sekolah rendah dan menengah mereka. Sumber-sumber yang sangat diperlukan ini telah menambah baik persekitaran pembelajaran dengan ketara di Pusat Kebajikan Kanak-Kanak Peduli, di mana beribu-ribu pelajar muda menerima pendidikan dan sokongan percuma.

Selain daripada sumbangan tersebut, FBS turut menyumbangkan barangan kepada kanak-kanak tersebut, termasuk:

  • 50 helai t-shirt

  • 50 topi

  • 50 beg tote

  • 50 buku nota dan pen

Supriadi, seorang guru matematik di Sekolah Menengah Peduli Anak, telah meluahkan rasa syukur beliau, “Dengan meja dan kerusi baharu ini, kini kanak-kanak ini menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan lebih selesa. Bantuan ini bukan sahaja memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi juga memberikan keselesaan dan semangat baharu kepada kanak-kanak dalam mengejar pengetahuan sebenar."

FBS komited untuk mencetus perubahan yang berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak di Indonesia, dan kami tidak sabar untuk meneruskan sokongan kami melalui inisiatif-inisiatif seterusnya bersama Yayasan Peduli Anak.

Kami menjemput anda untuk menonton video yang mengharukan mengenai projek ini di saluran YouTube kami dan melihat gambar-gambar di bawah.

Mengenai Yayasan Peduli Anak

Yayasan Peduli Anak adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berpusat di Lombok dan Sumbawa, Indonesia. Ia bertekad mahu menyediakan penjagaan yang berteraskan nilai-nilai kekeluargaan, pendidikan, penjagaan keluarga di rumah, serta sokongan perubatan dan undang-undang kepada ribuan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, terabai dan didera.

gallery image
gallery image
gallery image
gallery image
gallery image
gallery image
gallery image
gallery image
Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Berita terkini

FBS Dan Bros Gang TV Membawa Perubahan Bermakna Di Malaysia

29 Okt 2025

06:00

FBS Dan Bros Gang TV Membawa Perubahan Bermakna Di Malaysia

Impak sosial

FBS Menyokong Kem Percutian Untuk Keluarga Orang Asli Malaysia

26 Jun 2025

09:00

FBS Menyokong Kem Percutian Untuk Keluarga Orang Asli Malaysia

Impak sosial

FBS Memperkasa Komuniti Rentan Pada Bulan Ramadan

18 Apr 2025

09:00

FBS Memperkasa Komuniti Rentan Pada Bulan Ramadan

Impak sosial

Partner FBS Membawa Bantuan Pendidikan ke Sekolah Colombia

17 Apr 2025

09:00

Partner FBS Membawa Bantuan Pendidikan ke Sekolah Colombia

Impak sosial

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership