2021: Tahun Dengan Kemuncak Baharu

2021: Tahun Dengan Kemuncak Baharu

Pada tahun 2021, dunia diuji sekali lagi, menduga ketabahan dan keupayaan kami untuk mengatasi cabaran. Di sebalik segala kesukaran, pencapaian tahunan FBS ternyata memberangsangkan. Mari kita lihat detik-detik terbaik FBS untuk merasai setiap momen di tahun yang akan berlalu ini bersama-sama.

Tahun dengan kemuncak baru

Ia tahun yang bergemerlapan untuk kami. Kami menjadi lebih mantap lagi kerana anda! Kini, 21 000 000 pedagang telah menyertai kami manakala keanggotaan komuniti rakaniaga pula meningkat kepada 575 000 orang. Selain itu, para pelanggan FBS telah membuka lebih dari 500 800 000 pesanan dan meraih sebanyak $740 864 599 sepanjang tahun 2021. Jumlah total volum perdagangan tahunan di FBS adalah sebanyak $8 974 589 830 000.

Angka ini sangatlah besar dan ia telah menunjukkan keandalan dan kemakmuran broker ini. Dan pengakhiran setiap tahun menandakan satu permulaan baru buat FBS.

1_cooperation_827x330.png

Tahun jalinan kerjasama

Kami telah meluaskan jalinan kerjasama dengan individu dan organisasi yang berbakat dan cemerlang yang berkongsi matlamat dan visi yang sama.

Kerjasama baharu dengan Leicester City

Pada bulan Mei 2021, FBS telah menjadi Rakan Penajaan Utama Rasmi Leicester City Football Club. Jalinan kerjasama ini meraikan visi yang dikongsi bersama oleh dua pasukan ini dan menunjukkan keupayaan unik kami dalam menjadikan perdagangan lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Sepanjang separuh pertama kerjasama ini, pelbagai peraduan dan aktivti menarik anjuran bersama telah diadakan untuk para pelanggan FBS dan peminat LCFC. Dan itu baru satu permulaan dalam perjalanan tiga tahun ini.

2_Ambassador_827x330.png

Kan Kantathavorn, duta FBS

Di samping itu, kami juga kini mempunyai seorang duta jenama yang baru iaitu Kan Kantathavorn. Pelakon, pengacara, model dan ketua keluarga yang terkenal di Thailand ini berkongsi pelbagai nilai yang sama seperti FBS. Dengan berganding bersama beliau, kami berhasrat untuk memberikan orang ramai lebih banyak masa lapang untuk diri sendiri dan keluarga. Sebuah kempen media global telah dimulakan pada bulan September 2021 dengan video-video menarik yang dikhaskan untuk produk-produk FBS dan kami berjanji untuk membawakan lebih banyak lagi.

3_kindness_827x330.png

Tahun kebaikan

Kami tidak pernah berhenti dari menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Membantu dan menyokong mereka yang memerlukan sememangnya salah satu matlamat utama kami. Itulah sebabnya beberapa peraduan khas dilancarkan setiap tahun untuk mengumpul wang untuk disalurkan kepada gerak kerja kebajikan. Dan 2021 juga tidak terkecuali.

Acara Amal FBS

Pada musim bunga yang lalu, lebih 61,000 orang pedagang di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam promosi Bonus Amal, Ramadan dan Songkran kami dan membantu golongan yang memerlukan. FBS menyumbangkan komisen rakaniaga dan spread daripada pesanan-pesanan yang ditutup kepada badan-badan amal. Melalui usaha bersama ini, sejumlah $214,000 berjaya dikumpulkan dan dana yang dikumpul telah didermakan kepada organisasi amal berikut: Colibries Foundation, Smile Charity, Red Cross, Baan Nok Kamin Foundation, Chonburi Deaf School, MyCare, Global Peace Mission, dan banyak lagi. Justeru, anda dan kami berkongsi satu kuasa yang terhebat. Kuasa menolong orang lain.

Dreams Come True

Kami terus memenuhi impian anda. Tahun ini, kami memberi peluang kepada orang ramai untuk mengembangkan diri dan membantu orang lain dalam Dreams Come True . Impian salah seorang pedagang kami adalah untuk membantu ibu-ibu yang berpendapatan rendah. Dan kami pun segera menghantar kit pakaian dan keperluan khas bayi kepada pedagang kami yang sudah menjalankan kerja-kerja membantu golongan yang memerlukan sejak beliau kecil lagi. Beliau menghantarkan semua bungkusan tersebut ke beberapa hospital di wilayah selatan Bogota. Kini bayi yang baru lahir menerima penjagaan yang lebih baik, dan ibu-ibu mereka boleh menarik nafas lega. Promo ini menunjukkan betapa pentingnya untuk tidak pernah berhenti bermimpi.

4_winners_827x330.png

Tahun para pemenang

Kami meraikan Ulangtahun ke-12 kami dengan satu peraduan mega 12 Years: Big Time! Big Money! Ia promosi yang terbesar pernah diadakan sepanjang sejarah FBS dengan dana hadiah sebanyak $1 200 000. Empat buah kereta dipertandingkan sebagai hadiah cabutan, antaranya sebuah Mercedes-Benz G-Class, jongkong emas tulen seberat 1kg, $300 000, dan pelbagai gajet canggih.

Tahun penjenamaan semula

Pada tahun 2021, kami berevolusi menjadi lebih digital dan terkini untuk memberikan pelanggan perkhidmatan yang terbaik. Gaya jenama yang diperbaharui satu lagi langkah untuk menuju ke arah pengalaman berdagang yang paling lancar bagi para pelanggan FBS.

Setiap elemen reka bentuk baharu, seperti logo, warna, fon atau blok, mempunyai makna tersendiri yang menyerlahkan setiap keunikan produk FBS dan menjadikannya lebih dikenali dan mudah diurus oleh pengguna.

Gaya jenama yang diperbaharui menandakan permulaan satu era yang lebih berorientasikan pelanggan. Dunia sedang membangun, inovasi datang dan pergi, tetapi ada satu perkara yang takkan berubah – rasa terima kasih kami kepada anda semua.

5_features_827x330.png

Tahun dengan fitur yang trendy

Tahun ini kami membuat banyak kemas kini untuk membawa perdagangan anda ke tahap yang lebih tinggi! Ia seterusnya telah mendorong lebih 8 000 000 pedagang baharu menyertai Laman Peribadi FBS.

Sebagai permulaan, kami telah mengemas kini Program IB untuk para rakaniaga kami. Kini Laman Rakaniaga yang baharu menawarkan penjalinan antara pelanggan dengan rakaniaga secara terus di dalam aplikasi, statistik, bahan-bahan pengiklanan, dan rekabentuk yang baru dan mesra pelanggan.

Kami tidak boleh tidak mengendahkan pasaran kripto yang semakin pesat berkembang. Jadi, di Laman Peribadi versi web dan aplikasi mudah alih dan di aplikasi FBS Trader, kami telah melancarkan akaun Crypto agar anda boleh dagangkan kripto pada bila-bila masa dan mencuba lebih daripada seratus aset kripto. Selain itu, senarai itu sentiasa dikemas kini dengan kripto baharu dan popular seperti Shiba Inu, Bitcoin, Ethereum dan banyak lagi.

Pun begitu, kami tidak melupakan para pedagang saham kami dan telah berterusan menambahkan saham-saham baharu agar mereka dapat mempelbagaikan portfolio dengan lebih mudah. Saham-saham terbaru tersebut disenaraikan di Bursa Saham London dan Bursa Saham Frankfurt.

Laman Peribadi dan FBS Trader dikemas kini dan kini dilengkapi dengan Kalendar Ekonomi untuk perdagangan Forex yang paling menyenangkan. Kini anda boleh menganalisa semua acara ekonomi tanpa perlu meng-google berita.

Pada tahun 2021 juga, FBS Trader, platform perdagangan semua-dalam-satu, telah melepasi tonggak bermakna 5 000 000 muat turun dan pedagang baharu! Seperti yang diminta pera pelanggan, kami telah menambahkan indikator teknikal perdagangan, Purata Bergerak dan Jalur Bollinger pada aplikasi ini. Selain dari itu, modul Pendidikan Perdagangan telah direka khas oleh penganalisis kewangan kami dan dikamirkan ke dalam aplikasi berkenaan untuk meningkatkan kemahiran perdagangan kedua-dua pedagang baru dan pro. Tahun ini benar-benar telah mendorong aplikasi tersebut ke tahap yang jauh lebih tinggi dan tersendiri.

FBS CopyTrade, aplikasi perdagangan sosial kami, tidak ketinggalan untuk turut mengikuti arus perkembangan terkini. Tahun ini, aplikasi itu telah dimuat turun sebanyak 2 200 000 kali. Di antara pelbagai ciri baharunya adalah profil pedagang yang diperbaharui. Kini semua maklumat yang diperlukan tentang pedagang dan pencapaian mereka kini tersaji di hadapan mata. Selain itu, FBS CopyTrade juga telah melancarkan bonus Program Rujukan untuk membolehkan lebih banyak keuntungan dapat diraih dengan melabur bersama rakan-rakan.

6_awards_827x330.png

Tahun yang meriah dengan anugerah

Mengambil kira semua keberhasilan kami, anugerah-anugerah baru jatuh ke tangan kami satu persatu. Tentu sekali pencapaian kami telah mencuri perhatian pakar. FBS menguasai puncak persada industri sekali lagi dan dinobatkan oleh Global Banking & Finance Review and The European Global Banking & Finance Awards dengan anugerah:

  • Best Trading Platform Asia 2021
  • Best Forex Broker Thailand 2021
  • Best Mobile Trading Platform Europe 2021
  • Best Social Trading Platform Indonesia 2021
  • Best Mobile Copy Trading Application LATAM
  • Best Trading Broker in South East Asia 2021

Semua anugerah ini menjadi saksi kepada keandalan dan keupayaan broker ini, membuktikan FBS mampu memenuhi semua kriteria panel penilai profesional.

Tahun 2021 membawakan sungguh banyak sekali peristiwa kepada keluarga besar FBS, memotivasikan broker ini untuk mencapai lebih banyak rekod baru!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera