Perkembangan terkini hadiah pedagang ke 7 juta
Pada bulan Mac, pasukan FBS telah menyambut kehadiran pedagang ke 7 juta – En. Abdelrashed Eldamerdash Hamed Elsayed dari Mesir. Bersesuaian dengan tradisi syarikat, kami telah menawarkan kepada beliau untuk memilih hadiah pedagang jubli agar sambutan ini lebih menyeronokkan.
Namun En. Elsayed rupa-rupanya seorang yang merendah diri dan bersederhana – beliau telah menolak untuk menerima sebarang hadiah dan lebih gemar agar beliau tidak menerima sebarang perhatian.
Kami hormati keputusan pedagang jubli kami dan mendoakan kesuksesan beliau di dalam dunia Forex seperti mana beliau berjaya menjadi yang satu di antara sejuta. Semoga keuntungan beliau berkembang dan melimpah ruah bersama FBS! Sementara itu, kami akan terus berada di samping beliau dengan senyap, membantu beliau mencapai matlamat kewangannya.
Selamat berjaya dan selamat menjadi sebahagian dari keluarga FBS!