FBS Memenuhi Impian Para Pedagangnya

FBS Memenuhi Impian Para Pedagangnya

FBS membolehkan para pelanggannya mencapai hasrat mereka menerusi peraduan Dreams Come True. Sepanjang tahun lalu, kami telah membantu ramai pedagang berkembang dan berbuat baik kepada orang lain. Anda boleh melihat bagaimana impian telah mengubah dunia menjadi lebih baik di dalam video baharu kami.

Tahun 2021 dimulakan dengan amal kebajikan. Pada bulan Januari, Holman Poveda, seorang pedagang dari Colombia, berkongsi impian terbesarnya untuk membantu ibu-ibu berpendapatan rendah yang bakal melahirkan anak. Kami mengumpul dan membekalkan kit persediaan penjagaan bayi kepada Holman, yang telah menghantar bungkusan itu ke beberapa hospital di selatan Bogota.

Kami juga menghargai usaha peribadi. Mohamed Labandji Mohamed dari Algeria meminta alat untuk merakam dan mengedit video untuk menjadi seorang YouTuber, dan kami menghadiahkannya iPad 5 mini baharu.

Seorang lagi peniaga, Mahmoud Mohamed dari Mansoura, bermimpi untuk melakukan projek perpustakaan. Beliau telah mendapat mesin fotostat dan pencetak baru dari FBS untuk mencapai impiannya dengan lebih cepat.

Pedagang muda dari Côte d'Ivoire, Djahe Diplo Ange Kevin, adalah seorang pencinta sejati bola sepak. Di dalam pertandingan kami, Djahe telah meminta kelengkapan untuk bermain bola sepak, dan kami telah membawakannya kepada beliau.

Albanus Mtitu dari Tanzania mengambil berat tentang rakan-rakan senegaranya. Impiannya adalah untuk mencipta dokumentari tentang kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak luar bandar Tanzania dalam mendapatkan pendidikan sekolah. Untuk membuat penggambaran, Albanus memerlukan kamera, dan dia telah menerimanya daripada FBS.

Seorang pemuda yang hebat dari Syria, Mohammed Mazen mempunyai kehidupan yang bahagia menguruskan restoran kecilnya sehinggalah perang tercetus dan meninggalkan beliau sehelai sepinggang. Walau bagaimanapun, Mohammed tetap mengejar impiannya. Dia bermula semula dari sifar dan memerlukan sedikit bantuan. Kami gembira dapat membantu perniagaannya berkembang dan menghadiahkannya sebuah peti sejuk, penggiling daging, dan pengisar.

Semua kisah ini membuktikan betapa pentingnya untuk memiliki impian yang mendorong kejayaan kita dan memberikan kita semangat untuk tidak berputus asa dan sentiasa mencapai tahap yang baru. Ia menjadikan hidup ini lebih bermakna.

Setiap orang, yang mempunyai keinginan, boleh menggunakan peluang yang ditawarkan oleh Dreams Come True. Kami mengadakan peraduan ini dengan kerap, dan syaratnya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • buka akaun FBS;
  • lawati halaman promosi di Laman Peribadi anda;
  • kongsikan siaran kami di halaman Facebook anda;
  • nyatakan impian anda di ruang komen siaran kami itu dan tag 2 orang rakan!

Mungkin sudah tiba masanya untuk mencapai impian anda? Beranikan diri untuk mempunyai impian dan kongsikannya dengan orang ramai!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera