FBS telah menyertai Smart Vision Investment EXPO 2020 di Mesir sebagai penaja strategik

FBS telah menyertai Smart Vision Investment EXPO 2020 di Mesir sebagai penaja strategik

Smart Vision Investment EXPO 2020 di Mesir telah melabuhkan tirai, tetapi kemeriahannya akan terus kami kenang. Kami bersyukur diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam acara penting ini sebagai penaja utama! 

Sepanjang dua hari acara itu berlangsung, ia penuh dengan begitu banyak aktiviti menarik. Di gerai kami yang bergaya, para peserta telah bermain permainan penalti interaktif, mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, belajar mengenai penyelesaian mudah alih kami seperti FBS Trader dan FBS CopyTrade, program rakaniaga FBS dan servis-servis kami. Koin emas dan jersi rasmi Barca yang ditandatangani oleh enam pemain menemui pemilik bertuahnya. Terima kasih kepada semua di atas minat dan sokongan kalian. Pasukan FBS telah menghias gerai dan merancang program interaktif kami dengan sepenuh hati, jadi kami berharap anda turut menyukai semua yang telah kami sediakan!

Selain itu, kami sangat beruntung kerana telah diberikan tiga anugerah – Best Copy Trading App, Best Trading Platform, dan… Best Forex Broker!

Kalaulah kami dapat membekukan masa ketika itu atau mencipta mesin masa untuk kembali ke waktu tersebut – alangkah bagusnya! Kami telah bertemu dengan ramai profesional yang hebat, pedagang yang bersemangat, penganalisis yang hebat, dan pelanggan yang setia, dan kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian atau membantu menganjurkan acara yang begitu gemilang. Kini dengan semangat yang membara kami sudah bersedia untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi bersama para pelanggan tercinta.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera