FBS sampai ke Afrika
Di FBS, kami berusaha setiap hari untuk menjadikan dunia ini lebih baik dan membantu orang-orang yang memerlukan.
Pada awal Januari, pejabat FBS di Seoul menyertai misi Korea di Gambia. Terletak di barat Afrika, Gambia adalah salah satu negara termiskin di dunia. KDNK per kapitanya berjumlah USD484 pada 2016. Ini bermakna secara purata rakyat Gambia hidup dengan hanya $1.33 sehari. Tambahan lagi, pendapatan rakyat biasa di Gambia telah menurun berbanding $1.66 sehari pada tahun 2008.
Rakyat Gambia menderita dari ketiadaan akses kepada air bersih, makanan yang selamat, pakaian, apatah lagi pendidikan, ubat-ubatan dan infrastruktur. Misi tersebut mengambil masa seminggu untuk tiba ke komuniti pedalaman yang terletak terpelusuk dari jalan utama.
Pejabat FBS di Seoul pergi ke Gambia menyertai program khas dua hari, bertujuan untuk membantu masyarakat tempatan. Merkea hidup di rumah daif yang sama, menyampaikan bantuan makanan dan pakaian kepada orang-orang yang memerlukan. Juga, mereka telah membawakan bahan pendidikan yang perlu supaya pelapis mudah Gambia mempunyai peluang untuk belajar dan memperbaiki nasib mereka.
Di FBS, kami benar-benar mempercayai bahawa membantu orang-orang memerlukan adalah perlu untuk pembangunan dan pertumbuhan yang lestari. Sebagai broker yang mempunyai tanggungjawab sosial, FBS akan terus mengadakan kempen-kempen kebajikan dan memberikan sokongan untuk pelbagai inisiatif kebajikan.