Penyata kadar RBA
Bank Rizab Australia (RBA) akan mengumumkan keputusan kadarnya pada 7:30 waktu MT, 4 Julai ini. Kali terakhir RBA mengubah kadar faedahnya adalah pada Ogos 2016. Sejak dari itu badan kawal selia tersebut mengambil pendirian mengekalkan kadar tanda aras mereka pada 1.50%. Para pedagang AUD teruja untuk mengetahui sama ada pegawai-pegawai bank pusat akan mengubah aturan polisi kewangan dan wawasan mereka di mesyuarat kali ini. Sebarang pembaikan pada unjuran dasar kewangan atau prospek ekonomi akan dialu-alukan oleh bulls AUD. Sebaliknya, jika RBA bersikap berhati-hati, Dollar Australia akan mengalami tekanan negatif.