FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut

FBS memberi kembali

Bersama dengan para trader dan Partner, FBS sedang memberikan impak yang berkekalan di seluruh dunia.
banner

Mengubah kehidupan di seluruh dunia

Di FBS, kami melangkah melangkaui dunia trading untuk memberikan impak dunia sebenar. Inisiatif kami memberi tumpuan pada pendidikan, bantuan kemanusiaan dan sokongan komuniti di seluruh dunia.
Di samping pelanggan FBS, kami sedang membina masa depan di mana peluang boleh diakses oleh semua — dari bilik darjah sekolah hingga zon yang dilanda krisis.

20

negara-negara di mana kami telah — dan akan terus — memberi impak.

$1.3 juta

dilaburkan untuk tujuan yang bermakna.

30+

organisasi dan badan amal yang kami sokong.

image desktop

Memacu perubahan bersama

background video
avatarMelakar Perubahan Bersama FBS: Sorotan 2024

Sorotan 2024

Pada tahun 2024, usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami telah membantu ribuan jiwa melalui pendidikan, bantuan bencana, dan sokongan bermusim. Daripada mengubahsuai sekolah di Afrika Selatan hingga menyediakan juadah Ramadan di Malaysia, setiap projek telah membawa kami lebih dekat kepada dunia yang lebih inklusif.
Lihat lagi bagaimana FBS memberi kembali.
Ikuti berita terkini komuniti FBS di media sosial.
iconicon
iconicon

Organisasi Kebajikan Yang Kami Bantu

Kami bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan yang dipercayai untuk menyampaikan bantuan di tempat ia diperlukan.

inisiatif terkini kami

Lihat bagaimana projek komuniti kami sedang mencipta perubahan yang nyata.

Suara Dari Komuniti

Nurdiana, Pengarah Yayasan Peduli AnakNurdiana, Pengarah Yayasan Peduli Anak
Ini kali kedua FBS membantu kami, dan kami sangat berterima kasih. Sumbangan ini telah banyak membantu kami dalam menyediakan makanan iftar dan sahur, serta hadiah-hadiah yang pasti akan menggembirakan 250 kanak-kanak sempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri.Indonesia
Anderson Selvasegaram, Pengarah Eksekutif, SUKA SocietyAnderson Selvasegaram, Pengarah Eksekutif, SUKA Society
Terima kasih, dengan kemurahan hati FBS kami dapat membawakan kegembiraan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan, termasuk 45 kanak-kanak pelarian tanpa ibu bapa, 16 keluarga angkat pelarian, dan 100 mangsa yang terselamat daripada pemerdagangan manusia.Malaysia
Guillaume Rachou, Pengarah Eksekutif Save the Children ThailandGuillaume Rachou, Pengarah Eksekutif Save the Children Thailand
Dengan sekutu seperti FBS yang menyokong inisiatif menyediakan pendidikan, keperluan asas, dan sokongan emosi untuk kanak-kanak membantu mengurangkan tekanan mereka, membolehkan mereka terus tersenyum dan hidup dengan sejahtera.Thailand
Musiho Hubaibu, Pengasas Yayasan Reach and RaiseMusiho Hubaibu, Pengasas Yayasan Reach and Raise
Kebaikan dan sokongan anda sangat besar ertinya buat kami dan anak-anak yang kami santuni. Sumbangan anda telah membawakan kebahagiaan dan harapan yang besar kepada anak-anak yatim jagaan kami.Indonesia

Perlukan lebih banyak
maklumat?

FBS percaya bahawa kejayaan kewangan harus membawa kepada perubahan yang positif. Kegiatan CSR kami memfokus pada pendidikan, bantuan kecemasan, dan pembangunan komuniti. Kami bekerjasama dengan organisasi tempatan untuk memberikan penyelesaian praktikal yang memberi impak di lapangan.

Projek kami merangkumi lebih 20 negara, termasuk Malaysia, Afrika Selatan, Nigeria, Indonesia, Colombia, Turki, dan Brazil. Kami bekerjasama dengan NGO tempatan yang dipercayai untuk memastikan setiap projek memenuhi keperluan sebenar dan memberikan nilai yang berkekalan.

Kami memilih projek berdasarkan keperluan komuniti dan prospek impaknya. Kami mengutamakan usaha yang memfokus pada pendidikan, menyokong kanak-kanak, membantu pemulihan bencana, dan memperkasakan kawasan yang kekurangan sumber.

CSR adalah teras jati diri kami. Walaupun kami menyediakan alat-alat untuk pertumbuhan kewangan, kami percaya bahawa kejayaan sebenar adalah kejayaan yang mampan, inklusif, dan bertanggungjawab. Setiap inisiatif FBS direka untuk mengangkat martabat manusiawi — di dalam dan luar dunia trading. Baca lebih lanjut tentang misi kami di halaman Tentang Kami.

Pada masa ini, projek-projek dikendalikan oleh FBS dengan bantuan beberapa organisasi bukan keuntungan yang terpilih. Tetapi kami sedang mencari cara untuk melibatkan komuniti trading global kami dalam usaha-usaha kami pada masa hadapan. Setiap urusniaga yang dibuat dengan FBS membantu menggerakkan inisiatif ini. Kami teruja untuk mencipta lebih banyak peluang yang boleh anda sertai.