-
Apakah itu perdagangan Forex?
Forex, atau dikenali juga sebagai pasaran pertukaran matawang asing atau pasaran FX, adalah pasaran paling didagangkan di dunia, dengan pusing ganti sebanyak $5.1 trilion sehari. Dalam perkataan yang mudah, perdagangan Forex adalah proses menukar matawang suatu negara menjadi matawang negara lain, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dari perubahan nilainya.
-
Apakah itu akaun perdagangan?
Untuk mula berdagang di Forex, anda mesti membuka akaun terlebih dahulu. Kegunaan utama akaun perdagangan adalah untuk melakukan transaksi (membuka dan menutup pesanan) dengan pelbagai instrumen kewangan. Akaun perdagangan serupa dengan akaun bank – anda menggunakannya untuk menyimpan, deposit, dan mengeluarkan wang. Walau bagaimanapun, deposit dan pengeluaran hanya tersedia setelah anda mengesahkan akaun anda.
-
Bagaimana cara untuk saya mula berdagang?
Pertama sekali, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa menjadi peniaga yang berjaya bukanlah proses semalaman. Membiasakan diri dengan pasaran memakan masa, dan ada banyak kosa kata baru yang harus dipelajari. Di atas sebab-sebab ini, broker yang sah seperti FBS menawarkan akaun Demo. Untuk membuka akaun Demo, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, muat turun perisian perdagangan untuk membuka dan menutup pesanan pertama anda.
-
Mengapakah FBS broker yang terbaik untuk berdagang secara dalam talian?
FBS sebuah broker yang sah dan dikawal selia oleh International Financial Services Commission, dengan lesen IFSC/000102/198, yang menjadikannya andal dan layak dipercayai. Kami menawarkan kepada para pelanggan kami syarat-syarat perdagangan yang terbaik di pasaran, termasuk pelbagai bonus, instrumen perdagangan yang menyenangkan seperti perdagangan Indeks dan perdagangan Saham di samping penawaran klasik perdagangan seperti pasangan matawang, beraneka promosi, komisen affiliate yang paling telus sehingga $80 per lot, khidmat bantuan pelanggan 24/7, dan banyak lagi.
-
Akaun perdagangan manakah yang harus saya pilih?
FBS menawarkan pelbagai jenis akaun yang direka untuk memenuhi keperluan anda, termasuk akaun Cent, Micro, Standard, Zero Spread, ECN dan Crypto dengan syarat-syarat perdagangan yang tersendiri. Bagi pemula yang tidak mempunyai pengalaman perdagangan, kami mengesyorkan agar membuka akaun Demo dahulu, dan hanya selepas itu akaun Micro atau Cent yang sebenar. Bagi mereka bukan baru pertama kali berdagang, kami menasihatkan agar mereka membuka akaun Standard – pilihan klasik. Untuk profesional sejati, kami ingin mencadangkan akaun Zero Spread atau akaun ECN. Akhir sekali, untuk pedagang moden yang lebih menggemari aset-aset digital, akaun Crypto tersedia untuk mereka.
Perdagangan
Naik taraf keuntungan anda, berdagang pada syarat yang terbaik!