-
Bagaimanakah cara untuk saya berdagang kripto dengan leveraj 1:5?
Leveraj merupakan pekakas yang baik untuk seorang pedagang bagi meningkatkan keuntungan bagi setiap dagangan. Kemeruapan pada koin-koin kripto terzahir dalam bentuk gelombang yang tajam. Dan untuk memanfaatkannya, anda boleh menggunakan leveraj. Broker FBS menawarkan leveraj 1:5 pada akaun matawang kripto. Dengan leveraj 1:5 dan 100+ aset-aset kripto, anda akan mempunyai lebih banyak peluang di dalam pasaran.
-
Bagaimana cara membuka akaun Crypto?
Dengan broker FBS, anda boleh membuka akaun Crypto. Pertama, buka laman sesawang FBS. Selepas itu, tekan butang "Log Masuk" dan lengkapkan pendaftaran ringkas. Seterusnya, tekan butang "Buka Akaun" di Laman Peribadi dan pilih akaun Crypto. Proses ini sangat mudah dan mengambil masa beberapa minit sahaja.
-
Bolehkah seorang pemula menjana keuntungan apabila berdagang kripto?
Terdapat risiko untuk berdagang kripto, tetapi ia juga berpotensi untuk memberikan keuntungan yang tinggi. Anda cuma perlukan menggunakan pendekatan yang tepat. Sebagai contoh, analisis matawang kripto akan banyak membantu anda. Anda boleh ikuti berita-berita kripto dan sentiasa mengikuti perkembangan peluang terbaru yang ada di pasaran. Dan juga, anda boleh mendapatkan strategi bagi perdagangan kripto di sini.
-
Platform manakah yang bagus untuk perdagangan matawang kripto?
Salah satu kunci utama bagi kejayaan perdagangan kripto adalah platform yang bagus. Dengan broker FBs, anda boleh berdagang pada platform MT5, dan juga pada platform FBS sendiri: FBS Trader. Semestinya, pilihan bergantung kepada keperluan anda. Sebagai contoh, FBS Trader lebih mesra pengguna dan, semestinya, sesuai untuk para pemula. Dan ia mempunyai pilihan instrumen kripto yang banyak: 100+ koin dan pasangan kripto.
-
Adakah terdapat demo perdagangan kripto?
Jika anda mahu mencuba perdagangan kripto, pilihan terbaik adalah menggunakan demo. Broker FBS mempunyai akaun Demo Crypto dengan dana sebanyak 10K USDT untuk berlatih dan mencuba strategi perdagangan. Akaun tersebut menawarkan lebih daripada 100 aset kripto, dan ia bebas risiko. Demo perdagangan adalah peluang terbaik untuk para pemula dan juga profesional untuk meningkatkan kemahiran dan juga memutuskan jika perdagangan kripto sesuai untuk anda.
-
Bagaimana cara membuka akaun Crypto di FBS?
Klik “ Buka akaun” di laman web FBS atau muat turun aplikasi FBS - Trading Broker. Masukkan emel dan nama anda atau daftar menggunakan rangkaian sosial. Tetapkan kata laluan dan sahkan emel anda. Kemudian pilih akaun Crypto dan klik "Buka akaun". Selesai! Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengesahkan akaun anda sebelum anda boleh mula berdagang.
-
Bagaimana cara untuk dagangkan matawang kripto?
Di FBS, anda boleh dagangkan 100+ aset kripto 24/7. Bila berdagang matawang kripto anda sebenarnya tidak memiliki koin, jadi anda bebas membuat spekulasi mengenai pergerakan harga. Anda boleh bertindak long (beli) jika anda fikir harga matawang kripto akan naik, atau short (jual) jika anda fikir ia akan jatuh. Baca analisis harian pasaran matawang kripto dari kami untuk membuat urusniaga yang menguntungkan.
-
Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan untuk membuat deposit?
FBS menawarkan pelbagai kaedah pembayaran, termasuk sistem pembayaran elektronik, kad kredit dan debit, pindahan kawat bank dan pengurup (exchangers). Tiada yuran atau komisen untuk kebanyakan kaedah pembayaran. Untuk membuat deposit, pergi ke seksyen “Kewangan” — “Deposit” di Laman Peribadi anda di laman web atau dalam aplikasi FBS - Trading Broker.
-
Bagaimana cara untuk mengeluarkan keuntungan saya?
Ia sangat mudah. Pergi ke bahagian “Kewangan” — “Pengeluaran” di Laman Peribadi anda di laman web atau di dalam aplikasi FBS - Trading Broker. Anda boleh mengeluarkan dana melalui sistem pembayaran yang sama yang telah anda gunakan untuk deposit. Jika anda menggunakan lebih dari satu sistem, keluarkan dana melalui kaedah-kaedah yang sama dengan nisbah amaun yang sama dengan deposit.
Akaun Crypto
Pilihan terulung untuk perdagangan matawang kripto dengan spread yang rendah
Syarat perdagangan
- Deposit permulaan $1
- Spread Spread terapung dari 1 pip
- Komisen 0.05% untuk pembukaan dan 0.05% untuk penutupan posisi
- Leveraj 1:5
- Maksimum posisi aktif dan pesanan tertunda 200
- Volum pesanan dari 0.01 hingga 500 lot (dengan step 0.01)
- Pelaksanaan Pasaran dari 0.3 saat, STP
Akaun Crypto
Akaun Crypto ialah pilihan yang paling afdal jika anda ingin mencuba kelas aset yang terkini dan paling mengujakan di dunia – matawang kripto. Bitcoin, Ethereum dan koin digital lain sangat meruap, jadi pedagang boleh meraih keuntungan daripada pergerakan harga yang pantas. Selain itu, tidak seperti pasaran tradisional, perdagangan kripto tersedia 24/7.
Akaun Crypto menyokong lebih daripada 100 instrumen: koin, koin-fiat, koin-koin, koin-logam.
FBS menawarkan syarat yang paling mantap untuk memperdagangkan aset digital: spread yang rendah, leveraj malar 1:5, serta deposit dan pengeluaran yang mudah dalam fiat dan kripto. Anda juga boleh bermula dengan akaun Demo Crypto untuk mencuba perdagangan tanpa sebarang risiko. Akaun Crypto tersedia untuk platform MetaTrader 5 sahaja.
Masa terbaik untuk menceburi pasaran kripto ialah sekarang. Jadi, buka akaun Crypto di FBS hari ini dan mula meneroka kejayaan anda!
Pembukaan segera