-
Bagaimana cara memilih broker ECN?
Broker ECN yang terbaik adalah broker yang dikawal selia dengan ketat, kerana ia yang paling boleh dipercayai. FBS adalah sebuah broker yang sah dan dikawal selia oleh International Financial Services Commission, nombor lesen IFSC/000102/124. Kelebihan utama akaun ECN di FBS adalah perlaksanaan pasaran yang terpantas, spread yang rendah (dari -1 pip), sebut harga terbaik tanpa kelewatan, dan bilangan penyedia kecairan yang besar. FBS tidak membuat keuntungan dari perbezaan spread dan sebaliknya hanya mengenakan komisen sebanyak $6 per lot.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Apakah itu perdagangan ECN?
ECN merujuk kepada Electronic Communication Network (Jaringan Komunikasi Elektronik). Broker-broker menggunakannya untuk menawarkan komunikasi yang berterusan di antara para pedagang dan penyedia kecairan tanpa sebarang campur tangan dalam rundingan dan persetujuan mereka. Ada beberapa kelebihan berdagang dengan ECN, antaranya adalah harga bid yang lebih tinggi dan harga ask yang lebih rendah, spread yang lebih nipis, perdagangan secara langsung, dan perlaksanaan urusniaga yang serta-merta.
Akaun ECN
Bagi mereka yang mahu merasakan kuasa penuh perdagangan dengan menggunakan teknologi ECN.
Syarat perdagangan
- Deposit permulaan $1000
- Spread Spread terapung dari -1 pip
- Komisen 6$
- Leveraj sehingga 1:500
- Maksimum posisi aktif dan pesanan tertunda Tanpa had
-
Volum pesanan
dari 0,1 hingga 500 lot
(dengan step 0,1) - Pelaksanaan Pasaran ECN
Akaun ECN
Akaun ECN (Electronic Communication Network) adalah pilihan utama pedagang profesional yang mahukan syarat dagangan yang terbaik. Akaun ECN membolehkan pembeli dan penjual berdagang secara langsung tanpa sebarang orang tengah. Untuk membuka akaun ECN, anda perlu membuat deposit permulaan sebanyak $1000. Bukan satu amaun yang sedikit tetapi berbaloi! Kelebihan utama akaun ECN ialah pelaksanaan pasaran yang terpantas, spread yang rendah (dari -1 pip), sebut harga terbaik tanpa kelewatan dan bilangan penyedia kecairan yang besar. Ucapkan 'selamat tinggal' kepada semua kekangan dan batasan dalam perdagangan dan nikmati bilangan posisi aktif dan pesanan tertangguh yang tidak terhad. Spread di akaun ECN adalah sangat kompetitif, oleh itu FBS memerlukan komisen sebanyak $6.
Akaun ECN menawarkan 25 pasangan matawang untuk berdagang. Di FBS, akaun ECN tersedia untuk MetaTrader 4. Jika anda ingin menguji akaun terlebih dahulu, jangan ragu untuk mencuba versi demo!
Cuba sendiri dan nikmati perdagangan yang terbaik dengan FBS!
Pembukaan segera