-
Bagaimana caranya untuk saya deposit atau keluarkan dana?
Anda boleh membiayai akaun anda di Laman Peribadi anda, melalui bahagian "Operasi Kewangan", pilih salah satu sistem pembayaran yang tersedia di situ. Pengeluaran dari akaun perdagangan boleh dilakukan di Laman Peribadi anda melalui sistem pembayaran yang sama yang digunakan untuk deposit. Sekiranya akaun dibiayai menggunakan lebih dari satu kaedah, pengeluaran dilakukan menggunakan kaedah-kaedah yang sama dengan kadar nisbah yang sepadan dengan amaun deposit.
-
Bolehkah saya deposit dalam matawang nasional saya?
Ya, boleh. Dalam kes ini, amaun deposit akan dikurup kepada USD atau EUR berdasarkan kadar tukaran rasmi pada hari deposit dilakukan.
-
Bagaimana cara untuk saya depositkan dana ke akaun saya?
- Buka Deposit di dalam seksyen Kewangan di Laman Peribadi anda.
- Pilih kaedah deposit yang anda mahu, pilih pembayaran offline atau online, dan klik butang Deposit.
- Pilih akaun yang anda anda mahu masukkan deposit dan nyatakan amaun deposit tersebut.
- Sahkan butiran deposit anda di laman seterusnya.
Kaedah pembayaran FBS cepat dan mudah. Bagaimana pun sila maklum bahawa pembekal sistem pembayaran anda mungkin akan meminta anda melakukan beberapa langkah tambahan.
-
Apakah kaedah-kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan untuk menambah dana ke akaun saya?
FBS menawarkan banyak sekali kaedah pembayaran, ini termasuklah pelbagai sistem pembayaran elektronik, kad debit dan kredit, pindahan telegrafik bank, dan pengurup. FBS tidak mengenakan fi atau komisen untuk sebarang deposit ke akaun-akaun perdagangan.
-
Berapakah amaun minimum untuk deposit?
Deposit minimum FBS berbagai-bagai bergantung kepada akaun perdagangan yang anda pilih. Akaun Cent mempunyai deposit permulaan yang terkecil iaitu dari $1, manakala deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun ECN adalah $1000.
-
Bagaimana cara untuk saya depositkan dana ke akaun MetaTrader saya?
Akaun-akaun FBS dan MetaTrader terselaras, jadi anda tidak perlukan sebarang langkah tambahan untuk memindahkan dana dari FBS terus ke MetaTrader. Hanya log masuk ke MetaTrader, ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun Metatrader 4 atau MetaTrader 5.
- Masukkan login MetaTrader anda dan kata laluan yang telah anda terima sewaktu pendaftaran di FBS. Jika anda tidak menyimpan data anda, dapatkan login dan kata laluan di dalam Laman Peribadi anda.
- Pasang dan buka MetaTrader dan isikan tetingkap pop-up dengan butiran log masuk.
- Selesai! Anda telah log masuk ke MetaTrader dengan akaun FBS anda, dan anda boleh mula berdagang menggunakan dana yang anda telah depositkan.
-
Berapa lamakah masa untuk memproses permintaan deposit / pengeluaran?
Deposit melalui sistem pembayaran elektronik diproses dengan serta-merta. Permintaan deposit melalui sistem pembayaran lain diproses dalam masa 1-2 jam semasa FBS Financial dept.
Jabatan Kewangan FBS beroperasi 24/7. Tempoh masa maksimum pemprosesan permohonan deposit/pengeluaran menerusi sistem pembayaran elektronik adalah 48 jam. Pindahan telegrafik bank mengambil masa 5-7 hari berkerja bank untuk diproses.
Deposit dan Berdagang dengan FBS
Pilih kaedah pembayaran yang paling selesa!









