MetaTrader 4 untuk macOS

Dagangkan Forex, emas, saham, dan banyak lagi di MetaTrader 4 dengan broker yang boleh dipercayai iaitu FBS.

Apakah kelebihan MetaTrader 4 untuk macOS?

Platform MetaTrader 4 menawarkan begitu banyak kemungkinan untuk gaya perdagangan yang berbeza. Anda boleh menguruskan berbilang pesanan dan memperdagangkan pelbagai aset, daripada Forex dan emas sehinggalah indeks dan saham. Selain itu, broker FBS juga menawarkan leveraj sehingga 1:3000 dan spread yang kompetitif untuk urusniaga perdagangan anda.

Fitur-fitur MT4 untuk macOS

  • Expert Advisor (EA) tersedia
  • 30+ indikator
  • Makluman dan berita kewangan
  • Analisis teknikal dengan alat-alat pencartaan
  • Pelbagai rangka masa
  • Peti mel dalaman
  • Pengurusan sejarah dan eksport/import data
  • Keselamatan dan sandaran penuh data
  • Panduan terbina dalam untuk MetaTrader 4 dan MetaQuotes Language 4

Muat turun

Cara Memasang MetaTrader 4 pada macOS

    1. Muat turun MetaTrader 4 dengan mengklik di sini (fail .pkg).
    2. Klik dua kali fail tersebut.
    3. Seret ikon MetaTrader 4 ke folder Applications anda.
    4. Klik dua kali sekali lagi selepas pemasangan selesai dan pilih “Open”.
    5. Masukkan data akaun anda untuk log masuk jika anda sudah mempunyai akaun broker FBS. Jika belum, buka akaun di laman web kami. Ianya cepat dan mudah.
    6. Selepas anda log masuk ke MetaTrader 4, mulakan perdagangan anda.

CARA-CARA MEMASANG EXPERT ADVISOR

  • Buka "Finder"
  • Teruskan ke folder "Application"
  • Cari FBS-Trader4-Mac, klik kanan dan pilih "Show Package Contents"
  • Buka folder "drive_c" dan pasang EA anda di (drive_c/Program files/FBS Trader 4/MQL4/Experts)
  • Restart aplikasi supaya ia boleh kenal EA anda

CARA-CARA MEMBUANG

  • Padam FBS-Trader4-Mac dari folder "Applications"
  • *Harap maklum bahawa tab Market MetaTrader tidak tersedia bila berdagang menggunakan FBS-Trader4-Mac

Soalan yang lazim ditanya

  • Bolehkah saya guna MetaTrader 4 (MT4) di Mac?

    Ya, terdapat MetaTrader 4 untuk MacOS. Anda boleh muat turun pemasang (installer) MT4 untuk macOS di laman ini.

  • Bagaimanakah cara untuk memasang MetaTrader 4 (MT4) pada Mac saya?

    Mula-mula, anda perlu muat turun pemasang dari laman ini. Broker FBS telah menyediakan semua yang anda perlukan untuk memasang MetaTrader 4 pada Mac anda.

    Seterusnya, tekan butang Muat Turun berwarna hijau, yang terletak di atas seksyen Cara Pemasangan. Setelah pemasang MetaTrader 4 dimuat turun, seret fail itu ke folder Applications anda. Selepas itu, klik dua kali pada aplikasi MetaTrader 4 untuk Mac dan pilih “Open”. Sekarang anda sudah sedia untuk menggunakan MetaTrader 4.

  • Bagaimanakah cara untuk mengadakan MetaTrader 4 (MT4) pada Mac 2020 saya?

    Ia bergantung pada versi macOS dan bukannya pada model Mac tersebut. MetaTrader 4 menyokong cip Apple M1 dan berfungsi dengan baik di kebanyakan versi sistem tersebut, termasuk Big Sur.

  • Bagaimanakah cara untuk mengoperasikan MetaTrader 4 (MT4) di macOS Catalina?

    Proses keseluruhannya adalah sama seperti di versi-versi yang lain. Tetapi ada satu tip kecil di sini. Apabila anda memasang MetaTrader 4 pada macOS Catalina atau versi macOS yang lebih lama, buka fail .pkg melalui menu konteks dan bukan mengklik dua kali. Ia akan membantu mengelak dari mencetus amaran tentang kegagalan mengesahkan pembangun aplikasi dan butang "Open" akan ditunjukkan di dalam dialog.

  • Apakah instrumen-instrumen yang boleh saya dagangkan dengan FBS?

    Broker FBS menawarkan aset-aset untuk perdagangan Forex di MetaTrader 4, seperti pelbagai pilihan pasangan matawang. Anda juga boleh dagangkan tenaga, komoditi, saham dan banyak lagi. Dengan FBS, anda boleh dagangkan aset-aset kewangan dengan spread yang kompetitif daripada 0 poin dan pelaksanaan pesanan ultra pantas dari 0.3 saat.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera