-
Bagaimanakah caranya agar saya boleh berdagang menggunakan beberapa akaun secara serentak?
MultiTerminal MetaTrader 4 memberi anda peluang untuk berdagang dengan pelbagai akaun dalam satu masa. Muat turun MT4 MultiTerminal, pasangkan ia dan sambungkan sehingga 128 akaun. Dengan MT4 MultiTerminal, anda boleh membuka posisi dengan satu klik pada beberapa akaun secara serentak.
-
Bagaimanakah cara menggunakan MetaTrader 4 (MT4) MultiTerminal?
Sebelum anda mula berdagang, anda perlu tata tetapan pengurusan berbilang akaun. Untuk menambah akaun ke MetaTrader 4 MultiTerminal, tap File > New Account. Anda akan melihat tetingkap di mana anda perlu memasukkan login dan kata laluan anda. Ulangi perkara ini untuk menambah seberapa banyak akaun yang anda mahu: sehingga 10 akaun demo atau sehingga 128 akaun sebenar.
Seterusnya, anda perlu sambungkan akaun-akaun anda ke pelayan. Pada toolbar, tekan butang Connect All. Selepas penyambungan, anda akan mula menerima berita dan sebut harga dan boleh mula berdagang dengan broker FBS dalam MetaTrader 4 MultiTerminal.
Jika anda perlu menyambungkan hanya satu akaun tertentu, gunakan arahan Connect Account pada tetingkap Accounts.
-
Adakah dibolehkan untuk mempunyai beberapa akaun perdagangan?
Ya, anda boleh mempunyai lebih daripada satu akaun perdagangan. Tiada peraturan yang menghadkan bilangannya.
-
Adakah elok untuk mempunyai beberapa akaun perdagangan?
Jika ianya sesuai dan munasabah untuk anda, maka ya, ia adalah idea yang baik. Beberapa akaun perdagangan boleh digunakan untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan anda. Sebagai contoh, di FBS, kami menawarkan beberapa akaun perdagangan: setiap satu dengan keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, jika anda seorang pedagang baru, mungkin lebih baik untuk anda bermula dengan satu akaun. Dan apabila anda sudah memperolehi lebih banyak pengalaman, anda boleh membuka lebih banyak akaun.
-
Apakah instrumen-instrumen yang boleh saya dagangkan dengan FBS?
Broker FBS menawarkan aset-aset untuk perdagangan Forex di MetaTrader 4, seperti pelbagai pilihan pasangan matawang. Anda juga boleh dagangkan tenaga, komoditi, saham dan banyak lagi. Dengan FBS, anda boleh dagangkan aset-aset kewangan dengan spread yang kompetitif daripada 0 poin dan pelaksanaan pesanan ultra pantas dari 0.3 saat.
-
Bolehkah saya berdagang menggunakan MetaTrader 4 (MT4) tanpa broker?
Anda boleh membuka akaun MT4 dengan broker FBS di laman web kami dengan menekan butang Buka Akaun di sudut kanan-atas. Apabila anda melakukannya, anda akan melihat borang pendaftaran. Isi dan tekan Daftar Sebagai Pedagang. Pilihan lain ialah mendaftar melalui akaun Facebook, Apple atau Google anda.
Semasa melengkapkan pendaftaran, anda akan dapat memilih jenis akaun MetaTrader 4 anda. Broker FBS menawarkan beberapa pilihan jenis akaun yang boleh anda pilih.
Selain itu, kami menyediakan tutorial tentang cara membuka akaun dengan broker FBS untuk berdagang dalam MetaTrader 4. Anda boleh menontonnya di laman Tutorial Video FBS
MultiTerminal MetaTrader 4
Dagangkan Forex, emas, saham, dan banyak lagi di MetaTrader 4 dengan broker yang boleh dipercayai iaitu FBS.
Apakah kelebihan MetaTrader 4 MultiTerminal?
MultiTerminal MetaTrader 4 ialah alat yang hebat untuk pedagang yang ingin mengendalikan lebih dari satu akaun MT4 dalam satu terminal dalam satu masa yang sama. Terminal ini tampak serupa seperti MetaTrader 4 biasa dan menggabungkan pelbagai fitur perdagangan yang mudah dan berkesan.
Fitur-fitur MT4 MultiTerminal
- Menguruskan beberapa akaun pada satu masa yang sama
- Melaksanakan operasi-operasi perdagangan pada akaun
- Pembukaan pesanan dengan satu klik
- Memantau dan mengawal status pesanan terbuka (sedang aktif) dan tertangguh
- Menerima sebut harga dan berita secara masa nyata

Cara memasang MT4 MultiTerminal
- Muat turun MetaTrader 4 MultiTerminal dengan mengklik di sini (fail.exe).
- Lancarkan fail .exe.
- Ikut proses pemasangan sehingga selesai.
- Lancarkan MetaTrader 4 MultiTerminal.
- Masukkan data akaun anda untuk log masuk jika anda sudah mempunyai akaun broker FBS. Jika belum, buka akaun di laman web kami. Ianya cepat dan mudah.
- Selepas anda log masuk ke MetaTrader 4 MultiTerminal, mulakan perdagangan anda.
Keperluan sistem untuk MetaTrader 4 MultiTerminal
- Microsoft Windows 98SE / ME / 2000 / XP / 2003.
Bagaimana untuk membuang
- LANGKAH 1: Klik Start ⊞ → All Programs → MT4 → uninstall
- LANGKAH 2: Ikut arahan pada skrin sehingga selesai
- LANGKAH 3: Klik My Computer → klik Drive C, di mana sistem operasi anda dipasang → klik Program Files → cari folder MT dan padam
- LANGKAH 4: Restart komputer anda
MetaTrader 4 dan MetaTrader 4 MultiTerminal: perbezaannya
Walaupun MetaTrader 4 dan MetaTrader 4 MultiTerminal nampak serupa, ada perbezaan antara keduanya. Kelebihan utama MetaTrader 4 MultiTerminal ialah keupayaan untuk berdagang secara serentak pada sehingga 128 akaun. Perkara ini tidak boleh dilakukan dalam MetaTrader 4.
Walau bagaimanapun, MetaTrader 4 MultiTerminal tidak mendukung penggunaan EA dan alat untuk analisis teknikal. Selain itu, anda boleh menggunakan hanya akaun-akaun yang dibuka pada pelayan yang sama. Sila ingat perkara ini apabila berkerja dengan MetaTrader 4 MultiTerminal.
Pembukaan segera