-
Apakah zon masa yang digunakan oleh MetaTrader?
Zon masa MetaTrader adalah Eropah Timur (Eastern European), iaitu GMT +2.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Apakah itu perdagangan Forex?
Forex, atau dikenali juga sebagai pasaran pertukaran matawang asing atau pasaran FX, adalah pasaran paling didagangkan di dunia, dengan pusing ganti sebanyak $5.1 trilion sehari. Dalam perkataan yang mudah, perdagangan Forex adalah proses menukar matawang suatu negara menjadi matawang negara lain, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dari perubahan nilainya.
-
Indeks vs Forex: Apakah perbezaannya?
Kemeruapan. Pasaran Forex sangat meruap. Anda perlu meramalkan pergerakan satu pasangan matawang tunggal, yang boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Sebaliknya, semasa memperdagangkan indeks, anda meramalkan pergerakan suatu pasaran saham tertentu, yang kemeruapan nilainya lebih rendah.
Kecairan. Sesetengah indeks pasaran saham kurang cair berbanding pasaran Forex (iaitu pasaran yang terbesar dan paling cair di seluruh dunia).
Strategi masa. Perdagangan indeks mungkin lebih sesuai untuk pedagang jangka panjang. Melihat dari satu sisi lain pula, perdagangan Forex cenderung lebih menyenangkan bagi pedagang jangka pendek yang lebih suka meraih keuntungan dari perubahan-perubahan kecil pada harga.
Leveraj. Di FBS, perdagangan Forex menawarkan leveraj yang maksimum – 1: 3000. Indeks diperdagangkan dengan leveraj sehingga 1:33.
Perlu diingat bahawa adalah lebih baik untuk memilih instrumen perdagangan bergantung pada strategi perdagangan, tahap pengetahuan, pemahaman tentang pasaran yang berkenaan, dan toleransi risiko anda.
Perdagangan Forex dengan Akaun Zero Spread
Pilih jenis akaun perdagangan
Pilih instrumen perdagangan terbaik. Jadual di bawah menunjukkan semua instrumen yang tersedia untuk didagangkan di broker FBS
Swap Long
Swap Short
Komisen, $
Level Stop
Jenis akaun: Zero spread, Kumpulan: Forex
- Swap Long
- Swap Short
- Komisen, $
- Level Stop
Nilai diberi bagi sebut harga 4-digit. Dalam sebut harga-5 digit angka keempat selepas koma menunjukkan (0,0001). Dalam petikan 3 angka - angka kedua selepas koma (0.01). Contohnya, dalam sebut harga EURUSD - 1.36125; di sebut harga USDJPY - 101.852
Opsyen Bebas Swap tidak disediakan untuk perdagangan instrumen-instrumen "Eksotik Forex", Indeks, Tenaga, dan Matawang Kripto.
Sila maklum bahawa di MT5, komisen dikenakan bila anda membuka urusniaga. Di tetingkap Trade, nilai keuntungan untuk posisi aktif anda tidak mengambil kira komisen.