-
Apakah itu perdagangan indeks?
Indeks mengukur perubahan harga sekumpulan saham tertentu dari masa ke semasa. Ia membolehkan pedagang memperdagangkan nilai banyak syarikat sebagai satu produk tunggal. Indeks pasaran saham juga digunakan untuk menjejak prestasi suatu industri, ekonomi, atau sektor secara umum.
Berikut adalah beberapa indeks utama dunia:
- Dow Jones (US30) – menjejak 30 syarikat gergasi AS yang diperdagangkan secara terbuka
- S&P 500 (US500) – menjejak 500 syarikat AS berpermodalan besar
- FTSE 100 (UK100) – menjejak 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham London
- Australia 200 (AU200) – menjejak 200 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia
- Nikkei 225 (JP225) – menjejak 225 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo
Oleh kerana indeks pada dasarnya adalah angka yang mencerminkan kemantapan pasaran atau ekonomi, indeks tidak dapat dibeli atau dijual secara langsung. Oleh itu, anda boleh memperdagangkan indeks melalui CFD (Kontrak untuk Perbezaan), ETF (Exchange-Traded Funds), dana indeks, niaga hadapan indeks, atau opsyen.
-
Apakah risiko-risiko yang terlibat dalam perdagangan indeks?
Perdagangan indeks dianggap sebagai salah satu bentuk perdagangan yang agak selamat terutamanya untuk pelaburan jangka panjang kerana anda menyerakkan risiko anda ke seluruh segmen saham, berbanding hanya satu saham dalam perdagaangan biasa.
Walau bagaimanapun, masih wujud beberapa risiko kemeruapan. Indeks saham boleh naik atau turun atas pelbagai sebab. Tetapi pergerakan harga yang tidak diingini boleh menyebabkan kerugian, terutama jika anda tidak dapat bertindak balas dengan segera terhadap perubahan harga.
Mengumpulkan maklumat dan pendapat dari berita dan analisis akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik. Adalah idea yang baik untuk menggunakan alat pengurusan risiko. Memilih alat seperti Renti Rugi, Limit Order, dan Trailing Stops akan membantu anda melindungi diri anda daripada terbakar akibat bahang kemeruapan.
-
Indeks vs Forex: Apakah perbezaannya?
Kemeruapan. Pasaran Forex sangat meruap. Anda perlu meramalkan pergerakan satu pasangan matawang tunggal, yang boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Sebaliknya, semasa memperdagangkan indeks, anda meramalkan pergerakan suatu pasaran saham tertentu, yang kemeruapan nilainya lebih rendah.
Kecairan. Sesetengah indeks pasaran saham kurang cair berbanding pasaran Forex (iaitu pasaran yang terbesar dan paling cair di seluruh dunia).
Strategi masa. Perdagangan indeks mungkin lebih sesuai untuk pedagang jangka panjang. Melihat dari satu sisi lain pula, perdagangan Forex cenderung lebih menyenangkan bagi pedagang jangka pendek yang lebih suka meraih keuntungan dari perubahan-perubahan kecil pada harga.
Leveraj. Di FBS, perdagangan Forex menawarkan leveraj yang maksimum – 1: 3000. Indeks diperdagangkan dengan leveraj sehingga 1:33.
Perlu diingat bahawa adalah lebih baik untuk memilih instrumen perdagangan bergantung pada strategi perdagangan, tahap pengetahuan, pemahaman tentang pasaran yang berkenaan, dan toleransi risiko anda.
-
Adakah akaun Islamik tersedia untuk perdagangan indeks?
Tidak. Akaun Islamik (opsyen bebas swap) tidak tersedia untuk perdagangan instrumen indeks.
Perdagangan Indeks dengan Akaun Cent
Pilih jenis akaun perdagangan
Pilih instrumen perdagangan terbaik. Jadual di bawah menunjukkan semua instrumen yang tersedia untuk didagangkan di broker FBS
Penyebaran biasa
Swap Long
Swap Short
Komisen, %
Level Stop
Jenis akaun: Cent, Kumpulan: Indeks
- Penyebaran biasa
- Swap Long
- Swap Short
- Komisen, %
- Level Stop
Nilai diberi bagi sebut harga 4-digit. Dalam sebut harga-5 digit angka keempat selepas koma menunjukkan (0,0001). Dalam petikan 3 angka - angka kedua selepas koma (0.01). Contohnya, dalam sebut harga EURUSD - 1.36125; di sebut harga USDJPY - 101.852
Opsyen Bebas Swap tidak disediakan untuk perdagangan instrumen-instrumen "Eksotik Forex", Indeks, Tenaga, dan Matawang Kripto.
Sila maklum bahawa di MT5, komisen dikenakan bila anda membuka urusniaga. Di tetingkap Trade, nilai keuntungan untuk posisi aktif anda tidak mengambil kira komisen.