Semuanya Baik-Baik Sahaja Untuk Dolar Kanada

Baca artikel ini di laman web FBS

1.png

Apa yang sedang berlaku?

Lihat sahaja carta di atas - dolar Kanada telah meroket! Pertumbuhan yang begitu kuat telah disebabkan oleh beberapa sebab.

Pertama, harga minyak telah meningkat lantaran dari lonjakan permintaan tenaga global. Harga minyak mentah telah mencapai paras tertinggi sejak 2014 kerana permintaan meningkat menjelang musim sejuk, sementara OPEC+ tidak tergesa-gesa untuk meningkatkan pengeluaran dengan signifikan. Kanada salah satu pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan matawangnya secara historikalnya berkorelasi positif dengan harga minyak.

Kedua, pada hari Jumaat angka pekerjaan Kanada telah diumum lebih baik daripada yang diramalkan penganalisis. Ini boleh menjadi isyarat bahawa satu lagi laangkah penirusan lain dari Bank Kanada akhir bulan ini, yang mampu mendorong CAD naik. Sebagai peringatan, BOC adalah bank pertama yang memperketatkan polisi selepas krisis Covid-19. Oleh itu, adalah wajar bagi bank tersebut untuk meneruskan penirusan setelah data pasaran buruh diumum kukuh. Sementara itu, AS telah mendedahkan angka-angka NFP yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Kekuatan Dolar Kanada dan kelemahan Dolar AS menekan USD/CAD ke tahap terendah sejak Julai.

2.png

Tinjauan teknikal

USD/CAD telah menerobos semua purata bergerak dan garisan sokongan semasa bergerak ke bawah. Ia berhenti sebaik sebelum aras sokongan 1.2445 – aras terendah Julai yang gagal dilintasi pasangan itu dan ia kemudian berpatah balik. Mari kita nantikan penembusannya. Sekiranya ia berlaku, pasangan ini cenderung turun ke aras psikologi 1.2400. Namun, sebelum penembusan berlaku, kita mungkin akan melihat pullback ke arah purata bergerak 200 hari di 1.2500.

3.png

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.