BITCOIN menjunam lagi ?? - analisis - 15-07-2019
Matawang KRIPTO BITCOIN untuk analisa pada awal minggu ini dilihat membuat penurunan yang agak banyak.Harga tertinggi pada tahun 2019 adalah pada paras $13783.10 dan nampaknya harga sekarang berada pada kedudukan harga semasa $10067.10.Penurunan drastik ini jelas menunjukkan bahawa pasaran untuk matawang kripto masih lagi aktif tetapi masih belum ada permintaan yang cukup untuk memenuhi bekalan yang ada.Buat masa sekarang ini jika dilihat dari segi trend,trend masih lagi mengekalkan momentum bullish buat masa sekarang.Indikator MA pula menyokong kenaikan ini dengan berada dibawah paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jangkaan kita adalah untuk harga turun terlebih dahulu ke paras sokongan $9459.60.Menyentuh dan melanggar paras ini akan menyebabkan harga semasa membuat penurunan ke arah sokongan terdekat yang pertama iaitu diparas $8086.10 dan seterusnya jika melanggar paras ini akan membuatkan harga turun lagi ke arah bawah dan mencari MA100 diparas $7111.60.Sebaliknya jika harga gagal melanggar paras sokongan yang disebutkan tadi maka harga akan kembali membuat kenaikan ke arah atas dan akan cuba melanggar semula zon rintangan harga yang berada pada paras $11275.50-$11738.70.Melanggar zon rintangan ini akan membawa kepada percubaan semula menyentuh paras tertinggi 2019 iaitu diparas $13783.10
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan $9459.60 dan rintangan $13783.10
trend : bearish