CHF/JPY mengekalkan trend Bearish - 03-04-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

CHFJPYH4.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan CHF/JPY dilihat masih lagi mengekalkan penurunan diakhir minggu ini. Trend Bearish masih dilihat selepas ianya bermula semenjak pertengahan Mac yang lalu. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 110.688 dan dijangka akan terus membuat penurunan lebih rendah pada hari ini. Untuk mengesahkan penurunan pada hari ini, harga semasa perlu lah membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh yang sekarang ini mewakili paras sokongan 110.530. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini akan menyebabkan harga semasa akan turun lebih rendah dengan sasaran utamanya terletak di paras 109.564. Paras sokongan utama yang disasarkan ini adalah harga terendah pada sekitar 9 Mac 2020 yang lalu.

Signal untuk hari ini

Sell stop 110.530

Sl: 111.521

Tp: 109.564

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.