Unjuran Saham Kenderaaan Elektrik: Apple dan Tesla
Ketika ini, salah satu masalah global adalah perubahan iklim. Banyak negara sudah memulakan langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, AS merancang untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dengan menggantikan kereta yang menggunakan petrol kepada kenderaan elektrik. Oleh itu, ramai pedagang sudah menambahkan saham EV seperti Tesla dan Apple ke dalam portfolio pelaburan mereka. Adakah anda harus melakukannya juga? Mari kita membincangkan saham tersebut secara terperinci dan membuat analisa perdagangan.
Tesla
Tesla telah mengumumkan angka pembuatan dan penghantaran untuk suku ketiga pada baru-baru ini. Syarikat pengeluar kenderaan tersebut telah menghasilkan hampir 238,000 kenderaan dan telah membuat penghantaran lebih daripada 240,000 kenderaan. Data ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan walaupun dalam kemelut kekurangan semikonduktor automotif. Jika Tesla meneruskan prestasi mereka pada tahap ini, syarikat ini berkemungkinan besar untuk mencapai sasaran mereka untuk meningkatkan penghantaran kenderaan sebanyak 50% untuk tahun 2021! Di samping itu, para pelabur menunggu laporan pendapatan untuk suku ketiga pada 20 Oktober (data awalan). Jangkaan amat tinggi, itulah sebabnya kami menjangkakan harga saham Tesla akan terus meningkat walaupun sebelum pengumuman tersebut.
Tip-tip teknikal
Harga saham Tesla Motors telah bergerak dalam saluran menaik sejak dari pertengahan bulan Mei tahun ini. Jika harga saham TSLA berjaya menembusi paras psikologi $800, tiada halangan untuk ia meneruskan kenaikan kepada nombor bulat seterusnya $850. Aras sokongan adalah low 1 Oktober di $770 dan purata bergerak 50 hari di $730.
Apple
Bukanlah satu rahsia lagi bahawa Apple telah mula membangunkan Apple Car – kenderaan elektrik pandu sendiri dengan fungsi-fungsi autonomi. Pernah terbitnya berita bahawa Apple akan menjalin kerjasama dengan pengeluar kenderaan yang lain untuk mencipta kenderaan, tetapi sekarang maklumat yang didapati ialah syarikat tersebut menjalankan projek ini secara bersendirian.
Jangan terkeliru bila anda lihat pada carta saham Apple. Ia sama seperti saham-saham syarikat teknologi lain yang terkesan semasa sell-off secara besar-besaran selepas gangguan rangkaian Facebook. Ia cuma gangguan jangka masa pendek untuk saham Apple yang akan diuruskan oleh syarikat tersebut dengan mudah.
Pengeluar iPhone tersebut akan membentangkan laporan kewangan mereka untuk suku ketiga pada 28 Oktober. Para pelabur akan memerhatikan laporan tersebut dengan teliti!
Tip-tip teknikal
Saham AAPL sedang bergerak di dalam saluran menaik. Dan memandangkan ia menghampiri garisan sokongan (yang lebih bawah), kami menjangkakan saham tersebut akan membuat penyongsangan ke atas. Di samping itu, terdapat purata bergerak 50 minggu di $135 di bawah sedikit dengan harga terkini, yang mana merupakan halangan yang kuat dan tidak dapat ditembusi oleh harga saham tersebut. Jika harga tersebut berjaya menembusi aras psikologi $150.00, ia akan membuat kenaikan berterusan ke high 5 September di $157.00.
Berminat untuk berdagang pada pasaran saham?
- Baca artikel kami mengenai saham terbaik untuk dibeli hari ini!
- Ikuti signal saham harian kami dan strategi perdagangan saham.
Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut ada beberapa langkah mudah.
- Pertama sekali, sila pastikan anda sudah memuat turun platform perdagangan: app FBS Trader atau Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian ini.
- Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di dalam laman peribadi anda.
- Mula berdagana!