Emas Menanti Data NFP Malam Ini
Fundamental :
Harga emas terus mencanak lebih tinggi pada hari Jumaat berikutan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lemah ekoran jangkaan Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kenaikan kadar faedah.
dengan kilauan yang terang pada paras ketinggian 4 bulan, logam kuning emas juga ditetapkan untuk merekodkan minggu terbaiknya dalam tiga minggu.
Komen terbaru pengerusi Fed Jerome Powell mengenai kemungkinan kenaikan kadar yang lebih perlahan pada mesyuarat akan datang telah melemahkan US dolar dengan kentara.
Pelabur kini menantikan penerbitan laporan pekerjaan NFP AS yang dijangka mencatat pertambahan pekerjaan lebih perlahan pada bulan lalu.
XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat penurunan sementara menuju Support terdekat 1792.20 - 1787.10 Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1808.20, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Resistance seterusnya 1821.80.