EUR/AUD dalam proses membuat gelombang kenaikan - 15-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/AUD di lihat sedang membuat gelombang kenaikan dan perubahan trend. Jika di lihat dari sudut trend, trend jangka masa panjang menunjukkan masih lagi Bearish namun ada kemungkinan akan membuat gelombang kenaikan sementara. Oleh itu, harga semasa pada hari ini menunjukkan gelombang kenaikan ini telah berlaku. Untuk mengesahkan kenaikan pada hari ini, harga semasa perlulah membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh harian yang mewakili paras harga 1.72729. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan harga semasa membuat sambungan kenaikan. Sasaran utama pada hari ini terletak pada paras rintangan 1.74055. Paras ini sekarang ini diwakili oleh EMA200 sebagai rintangan kukuh.
Signal untuk hari ini
Buy stop @1.72729
Sl: 1.71327
Tp: 1.74055