EUR/AUD membuat kenaikan sementara - 13-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/AUD menunjukkan sentuhan ke arah sokongan kukuh di paras 1.61242. Dari sudut trend, kita dapat lihat bahawa trend semasa masih lagi dalam keadaan bearish yang jelas. Namun begitu, harga semasa sekarang ini di jangka membuat kenaikan terlebih dahulu ke arah rintangan kukuh terdekat yang sekarang ini di wakili oleh EMA200 yang membentuk rintangan kukuh di paras 1.62462. Menyentuh dan gagal membuat pelanggaran pada paras ini akan menyebabkan harga melakukan sambungan penurunan kembali dan akan mencuba mensasarkan semula paras 1.61242. Sebaliknya jika harga semasa melanggar paras ini, maka harga semasa akan menyentuh rintangan kukuh di paras 1.62879 yang di wakili oleh MA50 dan MA100.
Signal untuk hari ini
sell limit 1.62462
Sl: 1.62879
Tp: 1.61242