EUR/CHF: langka dan lain dari yang lain
EURCHF satu pasangan silang yang langka namun sangat menarik baik dari sudut pandangan teknikal dan mahu pun fundamental. Mari kita cermatinya dari sudut pandang strategik dan lihat apa yang boleh kita jangkakan di masa terdekat.
Jika kita lihat prestasinya tidak terlalu jauh ke belakang, kita dapat melihat ada tiga tempoh prestasi yang berbeza pada EUR/CHF.
Sejarah: tiga tempoh
Tempoh pertama (ditanda label "1") adalah masa di mana franc Swiss ditambat kepada euro. Harganya tidak berubah pada kadar 1.2050 hampir setiap masa. Satu junaman yang besar menandakan tamatnya era ini – pihak berkuasa kewangan Swiss memutuskan untuk menamatkan tambatan franc kepada euro.
Tempoh kedua (ditanda label "2") secara kasarnya merujuk kepada 2015-2018. Sepanjang waktu ini, EUR/CHF pada kebanyakan waktu meningkat naik. Ia telah memuncak pada aras 1.2050 dan melantun ke bawah.
Tempoh ketiga bermula dengan lantunan dari rintangan strategik 1.2050 dan terus sehingga sekarang. EUR/CHF telah memadam semua kenaikan yang dicapainya dalam tempoh kedua – kini, ia berada tidak jauh dari paras di mana ia singgah sebentar selepas tambatan ditamatkan.
Fundamental: sokongan padu walau apa jua yang terjadi
Jadi adakah ia pergi lebih rendah dari aras sokongan 1.0520? Tidak mungkin - ekonomi Switzerland bergantung kepada pembelian oleh Eropah. CHF yang mahal akan menurunkan minat orang Eropah luar untuk membeli apa yang ditawarkan oleh Switzerland - oleh sebab itulah Bank Nasional Switzerland sejak kebelakangan ini berusaha keras untuk tidak membiarkan CHF menguat terlalu banyak. "Terlalu banyak" di sini bererti EUR/CHF berada di bawah 1.0520: kita boleh lihat aras sokongan strategik ini seperti satu lantai konkrit yang kukuh. Atas sebab inilah, dalam jangka masa sederhana, EUR/CHF mungkin akan mendekati dan bahkan turun lebih rendah dari aras ini, tetapi dalam jangka masa panjang kebarangkalian ia akan turun jauh lebih rendah adalah tipis. Atas sebab ini juga, jangkakan lantunan strategik ke atas, yang mungkin sudah pun bermula. Akhir sekali, saluran harga 1.0520-1.2000 mungkin akan berubah menjadi zon pergerakan mendatar selama bertahun-tahun di mana SNB berusaha mensederhanakan kadar CHF.