EUR/JPY bergerak diatas garis trend menaik - 31-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/JPY pada hari ini di lihat masih lagi bergerak diatas paras garis trend kenaikan yang telah ditandakan seperti didalam carta. Harga semasa sekarang ini menunjukkan bahawa pada hari ini, sudah beberapa kali cubaan membuat pelanggaran telah berlaku namun masih lagi gagal. Namun, jika kita lihat pada trend semasa, harga masih lagi mengekalkan momentum Bearish yang berlaku sejak minggu lepas. Jadi tekanan Bearish masih boleh dicadangkan buat masa sekarang. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba membuat ujian disekitar paras sokongan 118.897. Membuat pelanggaran terhadap paras ini akan menyebabkan harga semasa membuat lanjutan penurunan dengan sasaran utamanya terletak disekitar paras 117.912.
Signal untuk hari ini
Sell stop 118.897
Sl: 119.451
Tp: 117.912