EUR-USD dalam cubaan gelombang penurunan kedua - 06-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD pada hari ini dilihat gagal untuk melanggar garis trend yang telah ditandakan dibawah paras harga semasa pada pembukaan sesi asia pada pagi tadi. Kegagalan membuat pelanggaran terhadap garis trend ini menunjukkan bahawa akan berlaku kenaikan sementara ke arah zon rintangan kukuh. Namun begitu, trend semasa masih mencadangkan penurunan boleh berlaku pada minggu ini. Oleh itu, kami melihat bahawa harga semasa akan membuat kenaikan terlebih dahulu ke arah rintangan kukuh yang mewakili paras 1.09091. Paras ini sekarang diwakili oleh EMA50 sebagai petunjuk. Menyentuh paras ini dan gagal membuat pelanggaran terhadapnya akan menyebabkan penurunan kedua akan berlaku. Sasaran umum kita terletak pada paras terendah pada 20 Mac yang lalu iaitu disekitar paras 1.06550.
Signal untuk hari ini
Sell limit 1.09091
Sl: 1.09773
Tp: 1.06550