EUR/USD: Bagaimana Pasangan Ini Boleh Didagangkan Pada Minggu Ini

Baca artikel ini di laman web FBS

Omicron dan komen Powell, kedua-duanya meningkatkan kemeruapan EUR/USD. Apa lagi yang boleh dijangkakan?

Faktor-faktor fundamental

EUR/USD mengakhiri minggu lalu seperti sebuah steamroll, melenyek apa sahaja yang melintang di atas jalan. Minggu ini, pasangan itu terus naik. Mengapa? Pertama, ketidakpastian terhadap varian Covid-19 yang terbaharu, omicron, mencetus lonjakan permintaan terhadap matawang selamat seperti yen Jepun dan franc Switzerland. Memandangkan dolar AS sudah hilang peranannya sebagai aset selamat, pedagang lebih gemar memilih EUR berbanding dolar AS. Kedua, USD meningkat kerana pasaran sedang memasukkan (pricing in) faktor kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan ke dalam penilaian harga. Walau bagaimanapun, omicron menimbulkan kebimbangan bahawa bank pusat AS boleh menangguhkan kenaikan kadar – satu faktor yang bearish bagi USD. Secara keseluruhannya, pemulihan dolar AS bergantung pada prestasi vaksin melawan varian omicron.

Hari ini, pada hari Rabu, kita dapat melihat dolar AS meningkat. Ia adalah impak daripada komen Powell. Jerome Powell ialah Pengerusi Rizab Persekutuan. Beliau mengkiaskan hasratnya untuk memulakan penirusan lebih awal, dan itu telah membantu USD.  

Omicron dan komen Powell, kedua-duanya meningkatkan kemeruapan EUR/USD. Apa lagi yang boleh dijangkakan? AS akan mengumumkan data penting ekonomi beberapa minggu yang akan datang. Jika ia kuat, Fed boleh menjadi lebih hawkish pada mesyuarat FOMC 16 Disember nanti.

Faktor-faktor teknikal

Trend keseluruhan adalah bearish. EUR/USD telah bergerak ke bawah sejak bulan Mei. Walau bagaimanapun, trend jangka pendek adalah bullish bila EUR/USD melonjak dan memulihkan sebahagian penyusutan kesan, dari dolar yang lemah. Ia telah gagal melepasi aras rintangan 1.1370 – paras tertinggi pada 19 November. Pasangan mata wang ini boleh berundur ke paras terendah baru-baru ini di 1.1260. Jika ia melintasinya dari atas ke bawah, pasangan itu mempunyai lebih banyak peluang untuk jatuh lebih jauh ke aras psikologi 1.1200. Aras rintangan terletak di 1.1370 dan 1.1460.

EURUSDH4.pngEURUSDDaily.png

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.