EUR/USD menunjukkan tanda-tanda kenaikan - 23-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EUR/USD pada hari ini menunjukkan pembukaan candle harian dalam keadaan Bullish. Penutupan candle pada jumaat juga ditutup dalam keadaan bullish. Ini memberikan kemungkinan bahawa harga semasa pada minggu ini akan mencuba untuk membuat kenaikan ke arah atas. Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa mensasarkan rintangan baru yang berada di sekitar paras 1.07820. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan harga semasa terus melanjutkan kenaikan sehingga ke arah 1.08891. Sebaliknya jika harga gagal membuat pelanggaran terhadap paras rintangan pertama tadi, maka harga semasa akan membuat penurunan dan cuba menyentuh kembali sokongan 1.06523.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.07820
Sl: 1.06523
Tp: 1.08891