EURAUD: Candle harian melanggar trendline - 23-12-2019
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, candle harian pada pasangan matawang EURAUD telah pun membuat pelanggaran terhadap trendline mingguan yang telah di tandakan seperti di dalam carta. Oleh itu, ini memberi pengesahan kepada kita bahawa ada kemungkinan penurunan akan di lanjutkan untuk minggu ini. Di lihat pada trend pula, secara jelas semua indikator EMA sekarang ini berada di atas paras harga semasa dan menolak harga semasa ke arah bawah. Oleh itu, jangkaan kita untuk hari ini adalah bahawa harga semasa akan membuat penurunan dan mensasarkan paras sokongan kukuh terdekat iaitu di paras 1.59114. Paras ini adalah paras terendah pada 23 Julai yang lalu. Melanggar paras sokongan ini akan terus membawa harga semasa mencari harga terendah April iaitu di paras 1.56895.
Signal untuk hari ini
Sell EURAUD 1.60288
Sl: 1.61429
Tp: 1.59114