EURAUD ditekan rintangan terdekat - analisis - 03-07-2019
Pasangan EURAUD untuk analisa hari ini dilihat sedang dalam proses melakukan penurunan ke arah bawah dengan sasaran utama unutk hari ini dilihat pada paras sokongan 1.60677.Trend untuk hari ini dilihat lebih menyebelahi bearish.Indikator MA mengesahkan trend untuk hari ini apabila berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Indikator stochcastik pula untuk hari ini berada diatas garisan 20 yang menandakan akan berlakunya pergerakan tenang atau sideway dalam masa terdekat.Dari petunjuk ini kita dapat membuat keputusan bahawa harga semasa akan cuba membuat penurunan dan mendekati paras sokongan harga semasa yang telah ditandakan seperti didalam carta.
Mengingatkan kepada anda bahawa harga semasa akan cuba membuat penerusan trend menurun dengan sasaran utamanya berada pada paras 1.60677.Melanggar paras ini akan membawa harga semasa untuk terus membuat penurunan ke arah bawah dengan meletakkan sasaran seterusnya pada sokongan utama pada jangka masa harian iaitu diparas 1.59702 yang mana buat masa sekarang ini diwakili oleh MA200.Sebaliknya jika harga gagal membuat pelanggaran pada paras sokongan utama ini maka harga semasa akan membuat kenaikan semula dengan sasaran rintangan pertamanya berada pada paras 1.61500.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga semasa akan cuba membuat sentuhan pada MA200 yang membentuk rintangan kukuh diparas 1.62042
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.60677 dan rintangan 1.62042
trend : bearish