EURAUD : Gagal melanggar paras rintangan kukuh harian - 13-11-2019
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan pada hari ini, harga semasa sekarang ini sedang berusaha menguji paras rintangan kukuh yang diwakili oleh 2 rintangan kukuh iaitu 1.61095-1.61219. Ketika artikel ini ditulis, harga semasa sudah pun menunjukkan kegagalan menguji zon rintangan ini. Di samping itu, tekanan juga sedang diberikan oleh indikator EMA yang kini berada di atas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa pada hari ini harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah bawah dan akan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh harian yang terletak di paras sokongan 1.59835. Tekanan yang diberikan oleh indikator EMA ini meyakinkan kita dalam analisa pada hari ini. Namun, jika harga semasa membuat ujian semula pada zon rintangan yang disebutkan tadi dan berjaya melakukan pelanggaran terhadap paras tersebut, maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan menguji paras rintangan 1.61897 yang sekarang ini diwakili oleh EMA200.
Signal hari ini
Sell EURAUD
SL : 1.61897
TP: 1.59835