EURAUD : gap terbuka memberi peluang kenaikan - 07-10-2019
Pasangan matawang EURAUD untuk analisa hari ini menunjukkan pembukaan dagangan mingguannya dalam keadaan gap yang agak ketara sekitar 20 pips.Akibat daripada gap terbuka ini,saya melihat peluang terbuka untuk harga semasa sekarang ini meneruskan kenaikan.Namun begitu,kekuatan sentimen bearish masih lagi menguasai pasaran pada minggu ini dan setiap kenaikan buat masa sekarnag ini dianggap sementara sahaja.Oleh itu,saya menjangkakan bahawa akan berlaku kenaikan pada hari ini sehingga ke paras rintangan kukuh diparas 1.62891.Menyentuh paras rintangan ini akan memberi petunjuk kepada kita sama ada hargas emasa akan meneruskan kenaikan atau sebaliknya.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar rintangan ini akan emmabwa harga semasa naik dan menyentuh paras rintangan seterusnya diparas 1.63147.Sebaliknya kegagalan melanggar akan memberi peluang penurunan kepada harga semasa sehingga ke arah sasaran harian kita iaitu diparas 1.61152
SIGNAL HARI INI :-
PASANGAN : EURAUD
ENTRY : SELL LIMIT 1.62891
SL : 1.63147
TP : 1.61152