EURAUD : Harga semasa cuba melanggar rintangan MA - 04-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, harga semasa sekarang ini sudah pun menunjukkan arah trend yang baru semenjak gagal membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh iaitu di paras 1.61563. Kegagalan membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini memberikan tekanan bullish kepada harga semasa untuk membuat kenaikan. Oleh itu harga semasa terus membuat kenaikan sehingga ke hari ini. Sekarang ini, jika kita lihat harga semasa sekarang ini sedang berusaha melanggar paras rintangan kukuh yang di wakili oleh EMA200 untuk cuba mengubah keseluruhan pergerakan trend pada minggu ini. Jika harga semasa berjaya melanggar paras rintangan yang di wakili oleh EMA200 ini, maka harga semasa akan terus membuat pendakian ke arah rintangan kukuh utama yang terletak pada paras rintangan 1.63007. Paras ini adalah paras tertinggi pada 29 November yang lalu. Sebaliknya, kegagalan melanggar paras rintangan ini akan menyebabkan harga semasa akan membuat penurunan dan menguji paras sokongan terdekat yang sekarang berada di paras 1.61563.
Signal pada hari ini
Buy stop @1.62477
Sl : 1.61563
Tp : 1.63007